Tunggu Saya Di Syurga!
Saya bertemunya pada akhir musim panas
yang lalu, dalam satu rombongan pelajar tahun akhir universiti kami. Dia seorang
pemuda yang tampan bergaya, sangat bijak tetapi bersikap sederhana. Dia yang
mula-mula merapati saya, ketika saya sedang bersendirian memerhati kawan-kawan
bermabuk-mabukan dalam parti penutup.
Saya Ayman dari Rafah.
Saya Iman, dari Rafah juga.
Oh, jadi kita sama. Kenapa saya tak kenal awak?
Dia girang dapat mengenali saya. Kami banyak fikiran yang sama. Walaupun dia bakal graduan kejuruteraan perisian dan saya pula sains politik, namun kami serasi dalam satu ideologi-bumi Palestin kami.
Serasi, meskipun saya Muslimah dan dia Masihi.
Selepas percutian itu kami berpisah. Saya terus pulang ke Rafah sebaik selesai urusan akhir di universiti dan dia pula mahu meneruskan musafir ilmunya. Belum mahu pulang selagi tidak dapat mencipta program seperti Windows, katanya. Namun kami terus berhubungan di dunia maya. Dia, bagai diprogramkan, setiap minggu akan meninggalkan berita di kotak mel elektronik saya dan saya, bagai diprogram juga, akan terus membalas beritanya dengan cerita saya pula.

Begitupun, bual kami hanya seputar
kerjaya, pengalaman dan masalah yang dihadapi sehari-hari. Langsung tidak
menyentuh peribadi dan keluarga, jauh sekali jurang agama yang membatasi kami.
Saya dan dia, berhubungan dengan selesa bagai kembar yang sedia mengenali.
Tapi di sebalik itu Ayman tidak tahu,
saya menjadi apa di sini. Dia tidak tahu saya sudah berjilbab, tidak seperti
saya yang mempamerkan rambut coklat ketika di Harvard dulu. Dia tidak tahu, keluarga
saya siapa di Rafah ini. Hingga satu pagi Jumaat yang damai, kiriman mesej dari
Ayman menjentik naluri saya.
Iman, saya cintakan awak. Saya mahu lamar awak jadi sayap kiri saya.
Iman, saya cintakan awak. Saya mahu lamar awak jadi sayap kiri saya.
Ah.......awak
bergurau ya? Jangan main-main dengan saya.
Ya,
saya tahu saya tidak boleh bermain-main dengan awak, jadi saya serius.
Saye terkedu dan membiarkan mesej akhirnya tanpa jawapan. Saya bagai disentak bangun dari lena yang nyenyak. Benar, saya juga mencintainya walaupun tidak sedar bilakah perasaan itu tumbuh. Tetapi mana mungkin kami bersatu. Takkan, kecuali dia kembali ke pengkuan fitrah.

Puas bermenung akhirnya saya menepuk
dahi.
Sayalah yang silap terlalu memesrai
Ayman. Sayalah yang silap membiarkan diri menggoda pemuda Masihi itu. Tapi,
keterlanjuran batin ini bukanlah untuk dikesali. Mengapa tidak saya jadikan
peluang menarik Ayman kembali kepada deen sebenar?
Dia yang saya kenali, seorang Masihi yang taat. Tidak merokok. Jauh sekali menyentuh khamar. Dia menghormati Saidina Rasulullah SAW. Mudah-mudahan di tangan saya, dia akan masuk bernaung di bawah panji Baginda di hari kiamat.
Dalam mesej-mesej selepas itu saya mula menyentuh perihal pegangan kami. Reaksinya mengecewakan. Dia tidak peduli hal prinsip dan pegangan. Yang penting dia percayakan Allah, dan saya juga begitu. Soal dia, bukankah Islam membenarkan perkahwinan Muslim dengan Ahli Kitab? Jawab saya ya, Islam membenarkan perkahwinan Muslim dengan Ahli Kitab. Tapi bukan Muslimah! Kemudian perlahan-lahan hubungan kami menjadi hambar dan akhirnya terputus ketika saya disibukkan dengan peperangan yang meletus di Semenanjung Gaza.
Selepas Almarhum Dr.Nizar sekeluarga terbunuh dalam letupan bom di rumah mereka, ayah menyuruh abang dan saya berpindah ke tempat lain. Abang yang telah masak dengan tarbiyah di dalam sayap bersenjata HAMAS segera patuh tanpa soal jawab. Ayah adalah ayah tetapi di medan juang, ayah tetap adalah ketua. Tidak bagi saya yang sedikit emosi, ayah adalah ayah di mana sahaja.
Ayah, saya tak rela ayah ayah bunuh diri di sini.

Ayah yang tenang, mengesat air mata saya.
Buah
hati ayah, adakah seorang pemimpin akan meniggalkan rakyatnya berjuang
sendirian?
Ayah,perjuangan masih panjang. Kami perlukan ayah.
Ya sayang, perjuangan perlukan ayah bertahan di sini.
Empat hari selepas itu saya dengar berita, Dr. Fakhruddin Hasyimi ketua diplomatik HAMAS wafat dalam serangan bom pesawat.
Satu petang di bilik kawalan kubu kami, ketika saya sedang menyelidik maklumat risikan yang dipintas dari pesawat pengintip Israel, abang datang menyapa saya. Katanya mahu melihat-lihat keadaan saya, adakah saya tertekan dengan pemergian ayah?
Ah, abang…..adakah saya akan merasa tertekan dengan berita gembira? Ayah dan ibu sudah bersatu di alam sana, bukankah itu berita gembira?
Abang tersenyum kepada saya. Senyuman bermakna yang sukar ditebak.
Kamu akan bernikah, dik.
Saya menggeleng. Hati saya sudah mati untuk dunia ini.
Adakah kamu redha menghadap Allah sendirian sedangkan sahabat Rasulullah pun minta dinikahkan di saat-saat akhir hayatnya?
Abang saya, mujahid muda ini entah bila dia sempat membaca sirah? Saya selalu dikalahkannya!
Baiklah, jadi abang mahu menyerahkan saya kepada siapa?
Seorang yang bijak seperti kamu, dik. Orang yang mencipta program yang kamu sedang gunakan itu.
Saya melihat abang pergi dengan mata berbinar. Ah, mengapa saya teringatkan Ayman?
Malam itu separuh lesu saya mengetik papan kekunci komputer, mahu mengirim seruan dakwah terakhir buat Ayman. Mudah-mudahan hatinya akan terbuka suatu hari nanti meskipun dia tidak menjadi milik saya.
Sahabatku, Allah yamg maha penyayang telah berfirman : "katakanlah ( hai Muhammad) Wahai ahli kitab, marilah kita menuju kepada satu kalimat yang sama antara kita, bahawa kita tidak menyembah selain Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu pun, dan bahawa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling, maka katakanlah : Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri" –Ali Imran, 64
Ayman, saya akan bernikah. Doakan kebahagiaan saya.
Sehingga malam sebelum pernikahan, saya tidak menerima sebarang balasan dari Ayman. Saya redha kerana matlamat saya bukanlah menerima balasannya. Besoknya dalam hening subuh Jumaat, saya telah sah menjadi isteri kepada Muhammad, lelaki yang mendapat siqah abang. Suami yang belum saya kenali. Selepas majlis pernikahan, abang datang kepada saya menyerahkan telefon bimbitnya.
Dik, suamimu masih di sempadan. Dia akan kembali seminggu lagi. Sementara itu kamu guna telefon abang untuk hubunginya. Ini talian rahsia yang dicipta oleh Muhammad. Kamu tak akan dijejaki.
Saya mengucapkan terima kasih kepada abang lalu membiarkan telefon itu terbaring sepi di atas meja. Biarpun tanpa suami di sisi, saya tetap bahagia melayari hari perkahwinan bersama laptop dan kod-kod rahsia yang tidak difahami. Ya, kelak Muhammad pulang dia perlu menolong saya melakukan semua ini.
Tiba-tiba isyarat peti mel saya berkelip-kelip. Saya kaget melihat mesej dari Ayman. Tidak dapat meneka reaksinya terhadap mesej saya tempohari.
Allah telah berfirman maksudnya: "Katakanlah ( hai Muhammad ) kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan Allah kepada Musa, Isa dan para nabi dari tuhan mereka. Kami tidak membezakan seorang pun di antara mereka dan hanya kepadaNya kami berserah diri". –Ali Imran, 84.
Iman sayangku, saya doakan kebahagiaan kita.
Muhammad.
Nafas saya tersekat di kerongkong. Tasbih bergema di dalam dada bagai pantulan suara muazzin di Masjid Ibrahim. Ya Allah, ya Allah… ya Allah…..
Nafas saya tersekat di kerongkong. Tasbih bergema di dalam dada bagai pantulan suara muazzin di Masjid Ibrahim. Ya Allah, ya Allah… ya Allah…..
Bilakah Ayman sudah menjadi Muhammad?
Saya gopoh mendail nombor Muhammad di
telefon abang. Tidak lama menunggu, panggilan saya berjawab.
Assalamualaikum, sayang.
Berjurai air mata saya mendengar suaranya di talian. Dia, Ayman yang saya kasihi kerana Allah sedang berbisik di telinga saya sebagai Muslim, sebagai suami! Ya Allah, wahai tuhanku yang penyayang, terima kasih……..
Saya tersenyum-senyum di peraduan membayangkan wajah suami. Ceritanya menemani saya semalaman, membuat saya tidak mampu untuk lena. Dia pulang tiba-tiba, rupanya melarikan diri dari profesor yang telah menghidu projek perisian rahsianya. Perisian itu dicipta untuk HAMAS, kerana HAMAS yang dirasakan benar-benar ikhlas melindungi tanah suci. Namun dia tidak dapat pulang ke Rafah setelah menjadi orang buruan. Akhirnya tersadai kebingungan di Kaherah. Sebetulnya meminta perlindungan di rumah Allah, di Jami' al-Azhar.
Satu malam dalam pelarian dia mimpi bertemu Rasulullah. Dia mengucap syahadah dan berbai'ah dengan Baginda. Besoknya dia bangun dengan hati secerah langit sahara. Dia faham bahawa Allah telah memilihnya, lantas kepada syeikh yang mengimami subuh dinyatakan keIslaman. Dia juga menukar namanya kepada Muhammad, demi syukurnya dapat menjadi umat baginda.

Selepas itu dia pulang ketika peperangan
dengan menyamar sebagai paramedik. Dia bergabung dengan HAMAS di Rafah dan
sempat bertemu almarhum ayah. Ayah menyerahkannya kepada abang lalu dia
mendapat tugasan pertamanya, memasang system perhubungan rahsia di sempadan.
Juga dengan bangga dia bercerita bagaimana dia dapat mengecam saya anak Dr. Fakhruddin Hasyimi hanya pada kali pertama bersua muka dengan almarhum ayah. Ah, suami saya yang genius itu, rupanya lebih banyak berahsia dari saya!
Pagi ketujuh pernikahan, saya masih bergelumang dengan kod-kod celaru tetapi kali ini bukan di kubu. Saya menunggu pengantin saya di rumah. Muhammad akan sampai sebentar lagi. Debar rindu dalam dada saya sembunyikan dengan bersibuk-sibuk di depan komputer. Tidak perlu angau membuang masa, jika sudah jodoh takkan kemana.
Namun sehingga petang, suami saya tak kunjung tiba. Saya berselawat dalam hati buat menepis fikiran yang buruk-buruk. Saya arif. Di zon perang ini, jangan harapkan seseorang itu pulang bila dia sudah melangkah keluar kerana mehnah itu menunggu kami di mana-mana. Tetapi tolong ya Allah, jangan hari ini. Jangan pada pertemuan semula saya dan Muhammad yang dikasihi.

Saya dail telefonnya, tidak bersambung.
Akhirnya ketika mundar-mandir di tengah bilik, abang datang membawa saya
keluar. Ketika itu saya sudah tahu berita apa yang menanti saya di luar sana.
Ya Allah, apa jua yang engkau takdirkan, hamba redha.
Sepanjang perjalanan ke hospital, saya membisu dan hanya mengulang kembali pesan almarhum ayah lapan tahun lalu, ketika saya menangisi pemergian ibu.

Anakku, kehilangan itu pengorbanan kita kepada tanah suci ini. Bagaimana kamu boleh menangisi satu kehilangan, sedangkan kelak kamu akan berhadapan dengan lebih banyak kehilangan di depan matamu?
Di perkarangan hospital, saya memandang sayu kepada jenazah saudara-saudara Muslim saya yang diletak bersusun, semuanya terkorban dalam serangan di Masjid Ibadur Rahman zohor tadi. Menurut abang, suami saya sedang diselamatkan di dalam. Tetapi apabila masuk ke dalam, suasana hospital kecil itu lebih ribut kerana ramainya mangsa yang cedera. Tepi-tepi korridor penuh dengan mangsa yang cedera parah dan tipis peluang untuk hidup, terpaksa diketepikan oleh paramedik demi menyelamatkan mangsa yang lebih berpeluang cerah.
Saya melangkah berhati- hati mengikut
abang yang dituntun seorang atendan hospital. Kemudian kami berhenti di hadapan
seorang pemuda yang terbaring di atas lantai. Tubuhnya yang ditembusi peluru
sedang bernafas nyawa-nyawa ikan.
Saya segera mengecam, itu Ayman saya. Muhammad suami saya. Alangkah hibanya, dia terlantar kesejukan di sini menanti detik kepulangan. Sekuat hati saya tahankan suara yang mahu meraung, saya bersimpuh memangku kepalanya. Muhammad membuka mata dan dengan senyum tampan, dia mengucap salam kepada saya. Terketar saya menjawab lalu dahinya saya cium.

Saya ingin sekali berbicara dengannya
namun saya tidak mahu dia pergi ketika melayani saya. Lantas saya capai
tangannya. Kami saling bergenggaman menzikirkan syahadah, menyulam kenangan
terakhir bersama dengan ikrar Ratu Balqis saat diislamkan olah Nabi Sulaiman.
Sesungguhnya aku menyerah diri bersama Sulaiman kepada Allah, tuhan sekelian alam…..
Perlahan-lahan genggamannya terlerai. Muhammad pergi jua di pangkuan saya, isterinya yang melepaskan penuh rela. Namun, demi melihat wajahnya yang tenang dalam senyuman, meleleh jua air mata di pipi. Saya rindukannya. Rindukan suaranya. Rindukan kemesraanya. Terlalu. Dan perpisahan sementara ini akan lebih membuat saya dibelenggu rindu. Namun apa pun jua ya Allah, saya redha.

Membara jiwa saya melihat jenazah Muhammad dibawa pergi. Abang menarik saya bangkit lalu didakapnya saya erat-erat. Dalam kerut tangis saya tersenyum kepadanya.
Abang, alangkah bahagianya hari ini…..Allah memberi hadiah perkahwinan kepada saya.
Tiada yang lebih mahal dari hadiah ini,
menjadi isteri kepada as-Syahid.
Tiada yang lebih menggembirakan selain
melihat Muhammad pergi sebagai Muslim, mati dalam berbakti kepada bumi Isra'
yang mulia ini…
Tunggu saya Muhammad, kita berbulan madu
di syurga!
huhu...karya yang menarik...perlu diketengahkan ni....:)
BalasPadampandai menulis...xbgtau:)
tima ksih...ilham minallah,laisa minni.kongsi2kan kepada perempuan2 yang anda kasihi supaya mereka sedia menginfakkan suami kepada jihad.insya allah :)
BalasPadamsaya minta izin kopi leh????
BalasPadamk2...nanti saya bg kat anda balik...huhu....
nak 'copy' leh???
silakan salin :)
BalasPadam