PD Car-camping bhgn.3
Hari ketiga car-camping saya bermalam di Tanjung Biru. Itu pun lepas merayau 2-3 pantai cari port sesuai. Nampak di Tanjung Biru ada orang pacak khemah. Kita pun join sekalilah.
Di Tanjung Biru ni tandas awamnya tutup pukul 7 malam. Tak sempat nak mandi lepas turun hiking, saya mandi di PD London Bus Hotel. Hotel bajet tepi pantai Teluk Kemang yang turut sediakan tandas awam berbayar. Hotel ni comel, ada 3 jenis penginapan unik ditawarkan. Lain kali nak bercuti bajet boleh tidur sini.
So macam mana nak guna tandas bila bermalam di Tanjung Biru? Boleh tumpang tandas awam di Kondominium Tanjung Biru. Tandas tu dalam pagar kondo. Boleh sembang tepi dengan penjaganya. Diorang benarkan je..
Waktu malam, pantai ni diterangi lampu limpah. Jenuh juga saya tutup2 tingkap kereta nak hadang cahaya masuk. Tapi yang bagusnya ada je la orang melepak ambil angin sampai pukul 1-2 pagi. Taklah sunyi. Harap jangan ada yang cemari pantai ni dengan jenayah syariah sudah..
Bangun pagi dengan pemandangan indah ni😊💕 |
Dulu pantai ni redup dipayungi pepohon rhu. Sekarang banyak dah ditebang, lepas kejadian dahan reput himpap kereta dan khemah pengunjung. Dah seram nak park bawah pokok rhu!
Jalan2 di Pantai Cermin, belakang Tanjung Biru. Kepahnya kecil sangat tak berbaloi nak makan. |
Pantai Cermin ni pasirnya keemasan dan airnya tenang kurang berombak. Bila matahari terbit nampak jelas bayang langit memantul di air.
Sayangnya langit mendung. Tak dapat tengok matahari terbit. |
Siang tu ada penggambaran drama Astro di hujung pantai. Tak pasal-pasal pengunjung tak dapat turun mandi sebab bunyi percikan air masuk dalam rakaman. Nak jalan2 kat laut pun tak boleh sebab termasuk dalam kamera. Dia nak suasana pantai sunyi tapi shooting kat pantai awam. Eloknya sewa je la satu pantai ni, tutup jangan bagi orang masuk.
Sebelah kereta saya, abang jual aiskrim home-made. Aiskrim buatan isterinya tu sedap..setanding dengan aiskrim mamak naik motor. Beberapa kali datang Tanjung Biru mesti ada abang aiskrim ni.
Pantai ni terletak di bawah hutan simpan. Sambil berendam segarkan mata tengok pepohon menghijau. |
Susun balik kengkonon terumbu hidup. |
Terserlah kecantikan dia bila air surut. Boleh jalan kaki pergi kem Si Rusa. |
Luangkan masa berendam dalam laut, sambil baca doa, zikir, sebut nama-nama Allah yang indah. Tenang fikiran. Hilang segala stress.. Alhamdulillah.
Bulan Mac & Oktober setiap tahun, Tanjung Biru ni jadi tempat singgahan burung2 berhijrah. Dalam gambar ni nampak kecik habuk je tapi sebenarnya beburung tu besar & cantik. |
Bongkah yang muncul masa air surut. |
'Menuai' latok. Sayangnya aktiviti ni banyak memusnahkan terumbu karang sebab diorang pijak-pijak. |
Bayangkan cantiknya kalau masih hidup. |
Sains kata, pasir putih di pantai ni terhasil dari reputan karang laut yang lahir-mati selama beribu tahun. Tak hairanlah kenapa Tanjung Biru begitu cantik sebab ada karang di sini, mungkin bercampur batu kapur dari hutan simpan bersebelahan. Waktu air surut paling sesuai nak tengok saki-baki karang yang masih hidup. Sewalah kayak dan berkayuh tengah. Jangan jalan kaki pijak-pijak karang tu pula😢 Karang ni pun tajam..luka kaki bila tersalah pijak.
Semangat pakcik ni nak tunjuk hasil dia menjala di air surut. |
Petang tu telefon ibu, tanya khabar lepas 3 hari tinggalkan rumah. Dengar suara ibu bercakap macam tak betul. Rupanya sakit gigi. Laa...sian ibu. Sebagai penjaga ibu mesti la saya dah tak senang duduk. Tapi tak boleh nak balik petang tu sebab Lembah Klang tengah hujan lebat, banjir kilat teruk. Baik jangan cari pasal kan.. Jadinya tidur semalam lagi kita..
Cuma malam tu hujan, tak ada orang di Tanjung Biru. Dengan berat hati saya berpindah balik ke Wakaf Nelayan. Syukur malam tu tak ada gangguan bunyi, boleh tidur lena.
Penutup, berehat di Pantai Bagan Pinang. Hujung sana tu hotel terapung Avillion. |
Ulasan
Catat Ulasan