'Bermanfaat'nya Khinzir Kepada Kita!!

Julai lepas,alhamdulillah sempat mengikuti bengkel Industri Makanan Halal Malaysia, anjuran Universiti Cairo dengan kerjasama Universiti Malaya di ARMA. Pengisinya, Dr.Pazim dari UM rupanya ayahanda sahabat saya, ukhti Norizan yang dikenali sejak kecil. Bukan itu tajuk utamanya. Saya ingin beritahu anda apa yang Dr.Pazim bentangkan dalam bengkel. Ia berkenaan makanan dan keperluan hidup kita. Ia berkenaan khinzir. BABI. Eh, kenapa mencarut kat dalam blog ni? Tak, BABI adalah Bahasa Melayu. Tapi jadi perkataan carut kerana bencinya umat Melayu-Islam terhadap BABI.

Maaf, dalam entri ini saya mahu gunakan perkataan Bahasa Melayu ni. BABI. Supaya saya dan anda lebih faham kerana ia bahasa ibunda kita. Supaya saya dan anda sedar betapa jijiknya dunia yang kita diami kini.

Kembali ke ARMA. Dalam slot kedua bengkel, Dr.Pazim tayangkan slideshow berkenaan makanan haram dan kegunaan BABI dalam industri makanan dan pembuatan moden. Kerana kesuntukan masa, slide ditayangkan dengan agak laju dan tidak banyak yang saya sempat tangkap maklumatnya. Namun sedikit sebanyak ia menambah arkib syubhah dalam kepala saya, sekaligus membuatkan saya rasa mahu tersembam ke bumi!

Soalan Dr.Pazim,"Kenapa diorang ni suka sangat bela BABI? Sebab kegunaannya banyak! Kamu tengok ni." Sebuah peta minda ditayangkan. Gambar seekor BABI di tengah-tengah dan senarai manfaatnya di sekeliling. Dari kulit ke isi perut, dari bulu ke tulang, semuanya benda yang selalu kita lumur ke tubuh dan kita sumbat ke tekak!

Antara bahan yang bersumber dari BABI ialah gelatin dari kulit BABI, sesetengah 'bahan galian' dalam penapis air dari tulang BABI, gliserin dari lemak BABI, shortening dan food stabilizer yang digunakan dengan meluas dalam makanan dan minuman, juga berasal dari BABI! Ada juga ubat-ubatan dan vaksin, alat solek, yang banyaknya tak mampu untuk saya rakam dalam sekali pandang.


Terjumpa gambarnya dalam internet. Alhamdulillah!

Selain itu turut dibentangkan tentang makanan yang diubahsuai secara genetik, antaranya ayam dan beberapa jenis tumbuhan. Ia dapat dikenalpasti dengan label 'GMO' pada bungkusan. Makanan yang terubahsuai ini kononnya baik dan menguntungkan. Sebenarnya ia hanya baik untuk pengeluar dan penjual sahaja. Untuk lebih pasti, saya membuat satu tinjauan ke sebuah website. Ternyata maklumat yang saya terima adalah benar. Di bawah ini ialah salinan yang saya muatturun dari laman web Michigan Department of Agriculture:

It All Adds Up to the Versatile Pig Answer Key Pig By-Products Math Pigs are raised mainly for meat. Other parts of the pig's body are used to manufacture items, which are called by-products. 1. Bones and skin from the pig are used to make gelatin and g l u e 2. Glycerin is used in making lipstick and c r a y o n s. 3. Glass and fertilizer can be produced from b o n e m e a l 4. Dried bones are used to make buttons and c h I n a dishes. 5. Pig pancreas glands are a source of insulin, which is used to treat d I a b e t e s 6. Because it is like human skin, pig skin is used in treating b u r n s 7. Pigs can help humans who have growth problems through the use of their h o r m o n e s 8. Pig heart valves have been implanted in human h e a r t s Adapted from the Illinois Pork Producers Association, 6411 S. Sixth St., Springfield, IL 62707, (217) 529-3100.

Yang saya tahu sebelum ini,antara bahan yang bersumber dari BABI ialah emulsifier (digunakan di dalam coklat, kek dan aiskrim), bulu pada berus, kulit yang dibuat kasut... Jadi saya sedaya upaya cuba elakkan tiga perkara tersebut. Tapi selepas menonton slide Dr.Pazim, saya benar-benar sedar tiada apa benda yang boleh dimakan di dunia ini melainkan makanan ciptaan Allah; nasi,sayur dan ikan. saya pulang sambil termenung melihat kedai-kedai runcit. tiada lagi yogurt dan minuman kotak yang saya gemari. Kerana jika diteliti makanan kita sekarang, dalam jus buah sekalipun ada ditambah food stabilizer. 

Shortening pula antara bahan pembaik roti yang saya selalu makan. Maka tiada peluang lagi untuk saya jamah makanan-makanan ini. Walaupun berat hati, saya akan mula jauhi benda- benda ini. Terasa insaf akan betapa kuatnya iman para sahabat yang terus melemparkan bejana arak tatkala ayat tahrim sampai ke telinga mereka radhiallahu'anhum. Saya tak mampu berbuat demikian! Namun walaupun beransur-ansur, saya tetap akan cuba

Akhirnya saya temui kebenaran sabda Baginda Rasulullah SAW, dunia adalah penjara bagi mukmin.rupanya ia penjara yang tidak disedari. Kita dikawal oleh kafir, diberi makan dengan makanan mereka dan dipaksa hidup dengan cara mereka. Terpaksa beli barangan mereka dan terpaksa bekerja di premis-premis mereka. Bukankah ini perhambaan yang sebenar? Ibarat banduan di penjara yang terpaksa makan apa sahaja yang dihidangkan, guna sahaja bantal selimut yang disediakan tanpa sebarang pilihan. Kita pula guna sahaja handset dan laptop keluaran mereka tanpa sebarang pilihan. CEKIK sahaja 7up dan McD tanpa sebarang pilihan! Berbanding mereka yang terkurung di Gaza, kitalah sebenarnya yang terkurung dalam dunia acuan kafir!

Begitu juga sabda Baginda Nabi SAW, "Islam itu bermula dengan asing dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang yang asing" Mananya tak pelik dan asing kalau orang semua main sumbat tapi awak beriya2 nak periksa kandungan. Ingat sabda Baginda, MAKA BERUNTUNGLAH ORANG-ORANG YANG ASING......

Antara jenama yang terlibat dalam kempen boikot satu masa dahulu.

Sahabat-sahabat, ayuh mula periksa makanan anda. Ayuh sucikan darah daging kita dari sumber haram dan BABI. Mudah-mudahan dari kita akan lahir generasi suci yang mendaulatkan TAUHID di mukabumi..

P/s: Dalam satu kursus lain di rumah Penang, ada pegawai agama ngaku diorang tak mampu nak pastikan setiap ekor ayam KFC disembelih dengan betul mengikut syarak. Diorang pun xbagi anak-anak diorang makan KFC dan siap marah bebudak agama yang selalunya memenuhi KFC... So kita cemana? Dah tau ni, nak makan lagi?

Ulasan