Kisah Aku Editor - Part 2: Majalah Y dan Bahasa Sampah
Bismillahirrohmanirrohim.
Membesar dengan cita-cita yang dipendam, aku bersyukur hari ini tiba. Hari aku bekerja dalam bidang penerbitan selepas melalui tempoh ‘disiksa’ kerana menulis.
Aku masih ingat ‘aku’ yang suka menulis waktu mengaji. Bila datang nak semak bacaan, ustazah suruh aku ketuk-ketampi dulu entah berapa puluh kali. Lepas tu dengan tercungap-cungap baru boleh teruskan baca Quran. Nasib baik jantung aku muda lagi. Rasa tak sia-sia lalui pengalaman tu. Ada juga kesusahan untuk dikenang bila cita-cita dah tercapai.
Sebenarnya belum tercapai lagi. Sebab aku baru je lapor diri dan belum pun buat apa-apa kerja sebagai editor. Poyo dah sampai hidung.
Tiga bulan pertama, aku tak diberikan tugas spesifik. Sekejap aku jadi wartawan yang buat liputan di rumah kebajikan. Sekejap aku semak manuskrip mentah yang belum dicanai. Sekejap aku semak ejaan manuskrip yang siap nak dicetak. Sekejap cuma lepak baca buku. Aku cuba biasakan diri dengan gaya penerbitan kompeni O yang menggunakan bahasa rojak, musuh ketat aku.
Aku sangat rapat dengan buku sastera dan DBP. Bila menghasilkan karya-karya rojak buat aku rasa macam pengkhianat bahasa. Tapi betul juga kata bos: “Sekarang remaja baca buku sampah. Buku sampah tu isinya semua sampah. Kalau kita tak sediakan alternatif dengan bahasa sampah juga, kelak kita jadi sampah di depan Tuhan.”
Tak apalah aku mensampahkan diri di dunia. Moga-moga di akhirat Allah perkenan aku jadi berharga. Amin. Sambil tu aku doakan pejuang bahasa di luar sana terus teguh memelihara bahasa ibunda. Sebab aku yang sampah ni tetap suka membaca Bahasa Melayu (aras tinggi, bak kata puan PTS) sampai bila-bila.
Masuk quarter ketiga, aku dipertanggungjawabkan mengetuai Majalah Y. Aku namakan Majalah Y sebab ia majalah untuk remaja dan remaja dipanggil generasi Y. Editor majalah ni berhenti tiba-tiba dan aku hanya ada 15 hari untuk mencedok ilmu daripada dia. Jawatan aku pun ditetapkan lebih awal daripada percubaan enam bulan.
Dunia sebenar aku bermula.
Menjadi ketua tanpa pengalaman kerja di unit bawahan sangat menyusahkan aku. Bukan je teknikal kerja tu aku tak tahu, hati budi kawan sepasukan pun ambik masa yang lama untuk diselami. Mula-mula aku enjoy buat kerja. Cerpen entah apa-apa budak hantar, aku gubah sana-sini jadi jambangan yang cantik dalam majalah.
Sampai aku terfikir, kenapalah tak ada ‘hari editor,’ macam hari guru dan lain-lain? Rupanya editor ni yang jadi tulang belakang di sebalik keindahan dunia penerbitan.
Rasa seronok tu tak lama. Aku mula siksa dengan tekanan kerja. Teknikal buat majalah sangat susah bila tiada hubungan yang kuat dengan rakan sekerja. Lebih-lebih lagi kalau rakan sekerja tu ialah senior yang ajar kau segala-galanya. Apa yang aku sampaikan daripada bos dia anggap itu idea aku sendiri nak bangkang dia. Sudahnya aku terkepit antara arahan bos dan kepala besar senior.
In the end aku kecewa dengan diri aku. Setiap bulan publish majalah dengan banyak kesilapan. Ajar-ajar, tak masuk. Buat-buat, tak betul. Bagi arahan, orang ignore. Sampai bila bos akan sabar dengan aku? Aku pun reti malu juga. Bulan ketiga jadi editor majalah, aku dah cetak surat berhenti dan simpan dalam laci. Tunggu masa yang sesuai nak bagi kepada HR.
Kebetulan itu hujung tahun. Abang pun offer aku jawatan kosong di sekolah baru bukak kat Cheras. Aku pun buat resume baru.
Sepanjang nak tunggu serah surat berhenti tu kepala aku berkecamuk. Kompeni dalam kesusahan sebab himpitan ekonomi. Setiap hari aku nampak bos muram tapi dia tetap senyum depan staf. Aku jadi serbasalah nak berhenti. Takkan aku nak blah waktu orang tengah susah camni?
Surat berhenti dalam laci dah...
(Cukuplah. Nak baca lagi? Nah Part 3 - Tentang FB)
Ulasan
Catat Ulasan