Kisah Aku Editor - Part 10: Bila Bara Terlalu Panas
Bismillahirrohmanirrohim.
Sekejap je dah setahun. Rasa macam baru je masuk kerja.
Ada sekejap haritu, puan bos bagitahu yang jualan Majalah Y naik sikit. Aku sangatlah hepi. Aku tak tau cemana nak cakap thanks kat team mates… sebab seketul ‘thanks’ je tak mencukupi. Nak belanja, pokai pulak hujung2 bulan tuh. Aku tanya Allah, apa benda murah yang boleh buat orang hepi?
Allah ilhamkan kat aku buah limau. Aku pun beli limau sorang satu. Balik ofis aku lukis smiley kat atas limau tu. Belakang dia ucapan semangat.
Tak sangka rupanya diorang bebetul suka limau tu. Alhamdulillah. Tapi bila member sebelah tak dapat limau (sebab bukan team Majalah Y), dia sedih pulak. Sudahnya satu ofis aku belanja limau. Cuma aku tak lukis smiley la. Rosak mata pen marker aku kene jus kulit limau tu.
Dalam bekerja ni, waktu hepi kejap je.
Jenis aku ni bila stres, jangan la orang nak cakap banyak2. Kalau taknak legakan perasaan aku baik jangan cakap apape. Sebab telinga dan hati aku sangat sensitif dengan bunyi. Aku akan rasa hepi atau marah dengan lama, based on apa yang aku dengar. Apatah lagi waktu aku stres.
Tiba satu kali ni, di saat stres aku tengah memuncak, ketua dept panggil. Beliau ni super senior yang dah mencecah usia emas. Warga emas ni sifatnya suka bercakap dan suka didengari. So, aku pergi juga walaupun kepala tengah didih.
Rupanya dia memang nak membebel. Nak bagitahu aku tersilap eja pun dia siap ungkit cara aku baca sms. Apakah??? Padahal aku tak pernah sms ngan dia pun, dia tahu ke cemana syle aku sms?
Selepas bertekak sepatah-dua kata, aku pun ciao dari situ dengan janji aku akan datang balik dengar dia bebel bila stres dah reda.
Hakikatnya minggu tu aku nekad berenti kerja. Aku apply sambung master. Dapat tak dapat, aku tetap akan berenti. Pegi mampus la dengan cita-cita. Balik kerja cleaner semula pun aku tak kisah asalkan berenti dari sini.
Bila bara dah betul-betul panas… dan tangan aku tak mampu nak genggam lagi… baik aku campak je kan…
Dari dulu, aku rindu nak tengok laut. Masa belajar kat Iskandariah hampir setiap petang aku gi lepak tepi laut tengok matahari terbenam. Waktu aku paling rasa nak bunuh orang, aku lepak tepi laut baca surah ar-Rahman. Memang ubat hati yang sangat mujarab.
Dah balik Msia ni jauh betul dengan laut. Caner aku nak gi duduk tepi laut balik?
Dah berapa kali plan ngan member nak gi Perhentian la, pantai tu, pantai ni, sudahnya pantai aku kat dalam skrin je.
Rupanya hujung minggu tu Allah bawa aku bercuti…
Part 11 – Mustahil Tu Apa?
Ulasan
Catat Ulasan