Kisah Aku Editor - Part 8: Uji Bukan Benci


Entah sejak bila aku dapat kepercayaan ni: Benda yang Allah suka tu akan dipermudahkan. Yang Allah tak suka akan disusahkan.

Sebab tu aku jadi marah bila hadapi kesusahan sebab aku anggap Allah benci aku. Tapi dalam masa yang sama aku sedar dunia adalah ujian buat mukmin. Maknanya hidup kat dunia ni memang Allah akan susahkan supaya kita senang di akhirat.

Dua fakta yang buat otak aku berpusing memikirnya. Sampailah aku jadi editor.

Mula aku masuk kerja dulu, kompeni O ni rilek sangat. Staf selamba rehat luar waktu, siap goreng keropok lagi. Berborak-borak, main gitar, merayap ke sana-sini. Konfius aku. Tempat kerja lama aku dulu, nak pegang henfon pun tak berani.

So aku pun terbiasa rilek dan kerja main-main. Aku punya kerja main-main bukan merayap makan keropok cam orang lain. Aku lagi suka merayap dalam internet baca maklumat. Hobi sejak dulu yang buat aku terputus dari dunia luar.

Sekarang bila bisnes makin merosot, ada pulak GST ni, kompeni makin susah dan bos mula bertegas. Barulah aku rasa kerja mula menimbun dan stres bertali tak putus-putus. Habis satu drama, start drama baru.
Sebenarnya aku suka kerja camni. Barulah rasa hidup aku bermakna.

Tapi aku ni biasalah. Bila rasa dah tak mampu nak carry, mulalah rasa nak campak. Perkataan berenti kerja sentiasa bermain-main dalam kepala aku.

Mesti korang harap aku cerita secara detail tentang kerja sebagai editor kan? Kerja ni best sangat. Tapi penuh dengan pergeseran di sana-sini dengan orang sekeliling. So aku rasa tak sesuai cerita kat laman terbuka ni. Walaupun aku tak dedahkan kompeni apa aku kerja ni, still ada 2-3 orang yang tahu. Biarlah aku share yang baik-baik je.

Aku pun banyak aib dan aku tak suka orang londeh aib aku.

So citer pasal stres tadi… sampai satu masa aku pernah jadi pelupa yang amat sangat. Dan pernah juga aku lepaskan stres di jalan raya. Pantang kena celah aku hon, pantang driver depan lambat aku hon, pantang motor blok jalan aku hon. Takyah cakaplah bab merempit dan memotong tanpa belas kasihan tu.

Jauh dalam hati aku takut ngan diri sniri. Patutlah banyak eksiden berlaku. Sebab driver rasa konfiden sangat dia boleh kawal kereta. Dibuatnya tengah laju2 tu tayar pecah ke, atau cicak jatuh atas kepala cam aku kena aritu, kan mampus?

Sampailah berlaku tragedi langgar lari kat DUKE yang mati satu family tu. Aku rasa insaf sangat betapa kelajuan membunuh. MyVi lembik pun boleh lambung Pajero, laju punya pasal.

Aku cari formula untuk re-format minda aku. Cemana nak jadikan stres ni sesuatu yang aku suka?

Allah ilhamkan aku dengan mendaki gunung. Ya, aku suka mendaki. Walaupun seumur hidup ni aku mendaki tak sampai lima kali, tapi itulah antara aktiviti yang paling aku suka. Aku sanggup susah untuk mendaki. Aku sanggup penat dan semput. Tapi tak pernah berlaku lagi aku give up sekerat jalan dan turun balik. Pengalaman mendaki kat Sinai, aku jadi top 5 yang sampai puncak adalah.

So anggap jelah cabaran kerja aku ni macam mendaki.

Kemarahan orang tu bukan makna Tuhan benci, tapi anggap macam batu besar yang menghadang jalan. Aku akan usaha langkah atau panjat batu tu untuk sampai puncak.

Ya, Allah uji bukan benci. Kalau Nabi Zakaria pun kena gergaji, Nabi Muhammad kena pulau, aku siapa?

Part 9 – Freelancers

Ulasan