Kisah Aku Editor - Part 11: Mustahil Tu Apa?


Bismillahirrohmanirrohim.

Dulu aku suka makan dan susah nak puasa. Puasa bagi aku ialah ‘hibernate.’ So bila ada aktiviti aku takkan puasa hari tu.

Tapi hari mana yang aku takde aktiviti? Sudahnya dekat Ramadhan baru aku ganti puasa. Bila dah terdesak gitu, boleh pulak puasa pada hari yang sibuk.

Hujung minggu tu aku puasa. Tapi nak duk diam kat rumah pun tak boleh, sebab terngiang-ngiang bebelan encik ketua dept semalam. Dulu bila bengang, aku tidur. Akhir-akhir ni aku perasan yang tidur buat hati aku semakain marah bila bangun. Benda yang aku lupa pun jadi ingat balik bila bangun tidur.

So remedi yang terbaru ialah memandu. Bukan merempit di jalanraya okeh… Aku dah insaf tengok kemalangan DUKE. Maksud aku ialah pergi mengembara ke tempat baru. Kat Mesir dulu aku mengembara jalan kaki. Banyak tempat yang bukan tumpuan pelancong pun aku dapat redah. Balik Msia ni dah ada kereta, aku mengembara naik kereta la.

Takde plan. Lepas solat subuh terus gerak. Bawak baju siap2 takut terpegi jauh sangat sampai terpaksa tidur sana. Puasa? Peduli apa dengan puasa. Bukan aku jalan pikul kereta pun. Kereta yang pikul aku. So puasa jelah, jangan banyak cakap. Jimat sikit. Tak sibuk nak beli makanan.

Akhirnya benda yang mustahil dalam hidup aku jadi mungkin.

Destinasi aku – Kuala Selangor. Lama dah survey nak gi tempat ni. Punyalah takut nak pergi sebab aku dengar sekarang banyak penyamun jalan raya. Tapi bila dah stres ni aku tak ingat lagi pasal penyamun ke apa. Sebelum aku yang jadi penyamun baik aku keluar hilangkan stres.

Dari JLT2 (aku penyanjung bahasa ibunda) aku terus jalan sampai Kuala Selangor. Lalu Ijok yang jalannya mengerikan. Takut jer kalau drive shaft aku yang reput ni terus patah. Dalam perjalanan yang tak tau mana hujung ni, aku sentiasa pastikan minyak kereta penuh. Sebab aku tak tahu kat mana Petronas seterusnya. Atos aku ni walaupun kete K-Pop tapi dia berjiwa Malaysia. Dia nak minum kat Petronas je.

Jumpa masjid Sultan Ibrahim aku dah lega. Sempat singgah solat Dhuha jap. Camtulah ayah ajar aku. Pergi memana tempat kena cari masjidnya dulu.

Nampak signboard kampung kelip-kelip. Nak masuk, tapi hari siang. Buat apa… Jalan terus sampai Bukit Malawati. Pekan sunyi sepi cam bandar mati. Penginapan terdekat (yang best) ialah Hotel Seri Malaysia yang masuk jauh ke dalam. Tak jadi. Keluar balik nak panjat Bukit Malawati. Aiseh terlajak pulak keluar jalan besar. Sudahnya naik terus ke utara.

Masuk Sekinchan aku dah tertoleh-toleh. Punyalah lawa jelapang padi kat belah kanan nun… SubhanAllah! Tapi aku jalan terus. Tak tau nak pergi mana tapi jalan je. Tengok sejauh mana aku boleh pergi.

Hari pun masih pagi, elok aku drive sebelum matahari terpacak atas kepala. Kang dah panas, sian tayar kete aku…

Nama je kawasan kampung. Tapi jalan lurus dan kereta racing cam syaiton. Gerun aku nengok kete2 besar yang memotong dengan lajunya. Aku jadi takut nak leka walaupun sekejap.

Aku masuk Hotel D’Muara. Ada pantai kat situ. Matahari mula terpacak atas kepala tapi ada family rileks je cari kepah. Aku join diorang.

Akak tu tanya: Dulu belajar apa?

Aku: Syariah.

Akak tu: Oh, ustazah ni.

Dia terus termalu-malu turunkan kaki seluar yang dia lipat sampai betis.

Aku: Eh, akak janganlah camni! Saya biasa jelah… *Dengan muka serba salah. Dalam hati rasa numb*

Ni yang malas nak ngaku ni. Aku bukan malu mengaji agama. Aku cuma benci pandangan manusia. Bila belajar agama seolah-olah aku dah tak boleh jadi manusia. Aku dah takde ruang buat silap.

Tok guru aku kat Mesir dulu… Solat Asar pun beliau boleh tersilap baca Fatihah kuat-kuat. Okey je. Orang Msia ni siaplah kalau nampak ustaz-ustazah buat silap.

Anyway pantai tu memang best. 1st Time aku tengok ikan belacak ramai2. Memang comel ikan ni dengan mata besar dia.

Ulasan