Bahriyah - Satu Perjalanan Sejuta Keindahan

Ramai kawan tanya 'Ada apa kat Bahriyah?' Meh sini nak cerita.

The 1st thing, Bahriyah ni bukan laut. Ramai yang tertipu dengan namanya Bahr - Laut. Bahriyah ialah satu kawasan oasis dalam wilayah Giza, maknanya ia tak jauh dari Kaherah. Trip ke Bahriyah antara lawatan paling bermakna yang mengubah pandangan saya terhadap Mesir Ardhul Kinanah. Antara yang termanis sampai tak tau macam mana nak post kat FB. Tapi dah berjalan penat2 mahal2 tak share ngan orang rugi la kan....kene cerita jugak :)

Saya ke Bahriyah pada awal Julai lepas, waktu musim panas tengah merembang atas ubun-ubun kepala. Sebelum pergi rasa seram juga, macam buat kerja gila pergi ke gurun tengah2 musim panas. Tapi sebab dah rindu sangat nak tengok bintang banyak2 saya gagahkan diri dan anggap kepanasan tu satu cabaran nak tengok sejauh mana ketahanan diri.

Di Bahriyah rupanya tak adalah panas sangat. Matahari memang terik, tapi 'hidangan' angin sepoi tak reti bahasa membuat saya rasa selesa sampai tak sempat nak berpeluh pun. Rombongan kami tiba di sana sebaik azan Jumaat berkumandang, teruslah berhenti di masjid tunaikan kewajipan sebelum check-in ke hotel. Di hotel comel yang bumbungnya bulat2 tu kami berehat seketika sambil menunggu persiapan jip yang akan membawa kami ke tengah gurun. Perjalanan yang lebih seronok bermula selepas tu bila kami diangkut ke Taman Negara Sahara Putih.
Dalam perjalanan yang memakan masa 5 ke 6 jam tu kami berhenti di beberapa tumpuan lawatan antaranya :

Mata Air Panas.

BETUL-BETUL PANAS!
Kami singgah tengok dan rasa satu takungan air panas di tepi jalan. Suhunya sangat sesuai untuk dibuat merebus telur. Mandi? Kalau nak merasa kulit tanggal dari badan, silalah ;) Menurut Ust Sulaiman pemandu rombongan kami, suhu asal air tu kalau kat dalam perut bumi ialah 800 darjah selsius. Tapi selepas melalui perjalanan panjang menuju ke permukaan, suhunya pun beransur-ansur menyejuk hingga takat suhu air teh kat umah kita saja. Mana tau macam suhu air teh? Sebab saya lecurkan hujung jari untuk dapat maklumat tu ^_^' Mata air jernih tu airnya ditakung dan dialirkan ke kebun2 di sekitar.

Sand Dunes.

Bukit pasir yang cantik beralur2 macam selalu kita tengok dalam gambar. Kata Ust. Sulaiman, pasir ni dialihkan dek ribut setiap 5 tahun sekali. Maknanya setiap lima tahun bukit pasir ni akan berubah ke tempat lain. Tapi jarak tiupan tu tak adalah jauh macam Kaherah ke Alex. Dia dekat jer. Tempat lama yang Ust Sulaiman tunjukkan pun sebelah bukit tu jer, sekarang cuma tinggal sikit2 timbunan pasir macam kena sapu dengan penyapu gergasi.

Masuk kawasan bukit pasir ni, driver jeep buat drift sampai melambung-lambung kami dalam tu. Hahaha! Memang dia sengaja memandu macam tu sebagai salah satu acara menikmati pasir. Macam kita tengok filem aksi Hollywood lah..

Buka kasut dan nikmati kepanasannya! :D
Di Sand Dunes ni kami (atau mungkin saya sorang jer :D ) main pasir tak ingat dunia. Entah kenapa teruja sangat macam tak pernah tengok pasir, mingkin sebab pasir Sand Dunes ni bersih kot... Kali terakhir saya tengok pasir macam tu tiga tahun lepas masa melawat Faiyum. Kat Faiyum lagi cantik padang pasir dia berlatar-belakangkan Tasik Qarun yang membiru. Ok balik ke Bahriyah. Kalau datang ke Bahriyah pada musim sejuk, di Sand Dunes ni ada acara bermain luncur pasir. Musim panas takde la, baru merayap setengah jam pun dah berpinar2 biji mata.

Gunung yang berusia jutaan tahun.
Tengok kesan hangus di puncak tu.
Banjaran gunung berapi Ajabaat. 

Baru tau rupanya Mesir ada gunung berapi! MasyaAllaaaah. Cantik2 pulak tu ( cantik la sebab dah mati....). Banjaran gunung berapi ni terletak dalam kawasan Sahara Hitam ( Black Desert ). Tanah di kawasan ni jadi hitam sebab taburan debu gunung2 berapi la. Ada ratusan gunung berapi kat sini macam jerawat batu. Kami singgah di kaki salah satu gunung ni dan melihat ke puncaknya yang retak beralur2 sebiji macam arang. Kata Ust Sulaiman, gunung yang kami tengok ni paling terkenal dari yang lain2 kerana kawah mati di dalamnya membentuk Black Canyon. Kami tak merasa nak tengok Black Canyon tu sebab masa tak mencukupi. Katanya kalau nak mendaki ke atas tu makan masa satu hari. Kecewa...

Canyon tu apa? Ringkasnya 'Canyon' ialah alur besar yang terhasil dari hakisan cecair (dalam citer ni, lava gunung berapi la kan ) sejak jutaan tahun lampau. Bezanya canyon ni alur yang sangat besar sampai tahap jadi gaung. Canyon kat muka bumi ni ada banyak, yang paling terkenalnya di Amerika - Grand Canyon. Kat tempat jiran kita, Indonesia pun ada satu di Bukit Tinggi.

Mula ingat pondok apa la.. Siap ada bangkai jeep buat hiasan.

Pondok Rehat & Rawat

Asar kami berhenti makan di R&R. Ada R&R kat gurun? Ada, versi badwi punya. Dalam bangunan kecil tu disediakan tandas dan ruang makan. Kami duduk atas alas kain tenun khas seni padang pasir, dijamu hidangan ringan. Selepas tu meneruskan perjalanan ke destinasi utama. 

Merakam senja.
Lepas berjalan beberapa ketika, jeep kami melepasi penanda 'White Desert National Park'. Terus berjalan ke depan lagi menuju tapak perkhemahan dipanggil The Mushroom.

Sampai di The Mushroom menjelang maghrib, kami berebut dengan masa merakamkan pemandangan indah kat situ sebelum ditelan kelam malam. Subhanallah, satu lagi pemandangan indah yang tak pernah terfikir akan dapat dilihat sepanjang hidup ni!

Sahara Putih - ialah dataran batu kapur yang satu masa dahulu asalnya lantai laut. Lepas melalui proses jutaan tahun, lantai laut ni bertukar jadi gurun memutih bak salji dengan 'monumen' semulajadi yang terbentuk dari hakisan angin. Mercu tanda utamanya - The Mushroom - ialah setongkol batu besar berbentuk cendawan gergasi. Macam-macam lagi bentuk yang ada. Pandang sana ada 'sphinx', sini ada 'kepala firaun', situ ada lagi 'kepala orang'... Berada di tengah-tengah dataran tu rasa macam dikelilingi pengawal gergasi pulak.

Petugas travel sibuk memasang khemah dengan suluhan cahaya lampu jeep, sambil kami menikmati bayu hening senja di gurun. Heningnya terlalu sepi hingga terasa berdengung dalam telinga. Waktu saya dan rakan perempuan duduk berehat di batu, tiba-tiba rasa pening dan seram sejuk. Mungkin tubuh alami dehidrasi lepas seharian di gurun. Lekas-lekas saya minum air, itu pun bersukat sebab tak nak 'terbuang-buang' pula nanti. Mana ada tandas di tengah gurun ni!

Sebaik matahari terbenam, jutaan bintang-bintang muncul di langit. Bersinar-sinar dari timur ke barat, utara ke selatan sampai tak tahu mana arah nak tengok. Kebetulan malam itu 16 Syaaban, kami dapat menyaksikan purnama terbit. Merah, bulat, besar terapung naik dari horizon. Makin tinggi ke langit warnanya makin putih, makin terang sampai hilang semua bintang-bintang yang kami tengok tadi.

Subhanallah wa bihamdih....saya takkan lupakan pemandangan ni sampai bila-bila. Kami semua tergamam sampai lupa nak tangkap gambar..huhu. Petugas travel siapkan BBQ sebagai hidangan malam. Semakin malam merangkak jauh, pemburu padang pasir mula berkeliaran mendekati rombongan kami. Musang-musang kecil berekor kembang malu-malu datang nak makan. Hehee~ comel betul! Waktu tu saya takut sebab ingatkan dia makan orang. Rupanya su' zhan belaka. Haha. Jauh di sekitar kami ada beberapa lagi rombongan pelancong mendirikan khemah. Boleh dengar suara diorang ketawa berkumandang satu dataran.

Satu lagi yang paling seronok dalam perkhemahan ni ialah kami dapat mempraktikkan ilmu tayammum dan bersuci yang dipelajari. Tengah gurun ni nak qadha hajat, pandai2 la sniri cari tempat nyorok dengan panduan yang Islam dah ajar. Nak wudhu', selak pintu khemah dan tayammum dengan pasir depan khemah je. Nak solat pun sempoi, solat atas pasir je tak jadi hal. Bila dahi berpasir baru ada feel ikut Nabi SAW sapu muka lepas bagi salam.

Kerang dan siput prasejarah.

Tak pernah rasa ibadah solat semudah ni. Sujud menghadap ke langit pulak, lagi terasa doa-doa yang dibaca menyusup ke hati. Alhamdulillah.
Fosil yang tak sengaja dirosakkan :(


Selepas subuh kami manfaatkan masa menjelajah dataran sampai ke tunggul 'The Mushroom' yang diperkatakan. Waktu tiba semalam dapat tengok dari jauh je, pagi tu baru dapat dekati dan lihat rupanya betul2. Tingginya macam rumah setingkat, dipagar tali sebagai tanda ia monumen penting bagi kawasan tu.

Jalan lebih jauh ke depan, kami temui banyak lagi rupa hakisan yang menarik. Debu gunung berapi yang bertaburan atas dataran putih ni nampak cantik macam tiramisu atas buih :) Penat berjalan kami duduk setempat melihat matahari terbit. Tak nikmat mana pun sebab terlalu terik.

Lihat batu yang kami duduki, lagi terkejut rupanya ada fosil hidupan laut melekat2 kat situ! MasyaAllah banyak betul kejutan. Kami pun cuba nasib mengorek satu fosil berdekatan. Makin korek makin banyak yang pecah, al-maklumlah dah takde peralatan yang sesuai. Kalau korang berpeluang tengok fosil, janganlah korek sembarangan macam kami ya.

Balik ke tapak kem, petugas travel sudah sediakan sarapan dan sedang mengemas khemah. Hari mula panas terik walaupun baru pukul 8 pagi. Kami bersarapan roti dan salad sebelum berangkat menyambung lawatan. Keluar dari The Mushroom, jeep kembali memasuki kawasan Sahara Hitam.

Taburan debu gunung berapi prasejarah.

Tempat pertama yang dilawati ialah Flower Mountain. Tak ada bunga pun kat situ, cuma taburan debu gunung berapi kat kawasan tu berbentuk cantik macam bunga2 kecil. Lagi menarik, debu2 tu bila dipecahkan boleh nampak galian bumi macam perak dan kuprum kat dalamnya. Bila kata debu ni jangan bayangkan debu halus macam kat rumah kita tu. Debu gunung berapi ni besar macam batu kerikil. Paling halus pun saiznya macam pasir. Sebab tu kalau kapal terbang lalu kat gunung berapi kipasnya boleh rosak dan terhempas. Manusia sedut boleh sakit paru2 dan mati.


Menyambung perjalanan selepas tu kami melalui kawasan The Tent. The Tent ni bukan tempat sewa khemah. Tak lain tak bukan ialah hakisan2 batu yang membentuk se-kelompok khemah2 comel. Subhanallah, satu gurun sejuta keindahan.

Persinggahan seterusnya ialah Crystal Mountain. Bukit ni ialah sebongkah besar kristal mentah yang terjulur keluar dari permukaan bumi. Menarik sangat rupanya. Dari jauh nampak macam batu biasa. Dekat2 rupanya memang kristal. Tapi jangan la bayangkan satu bukit berkilau2 macam harta karun dalam cerita kartun. Kristal mentah kat sini tak bersinar pun. Yang jadi bersinar tu kalau dah digilap dan dicanai macam kristal Asfour. Ahli rombongan ada yang kutip taburan kristal ni untuk dibuat kenang2an, sama la macam kita kutip garam berkati2 kat Siwa. :)

Seronoknya mandi kolam tengah2 gurun, berlatar-belakangkan
gunung berapi. Budak lelaki la seronok. Yang perempuan ni
tengok je kolam tu sambil terliur :),
Akhir sekali sebelum balik ke hotel, kami singgah di kolam mandian Ain Ibrahim. Ni satu lagi kawasan mata air yang terkenal di kawasan Bahriyah. Tapi Ain Ibrahim ni sejuk, tak panas macam yang kami tengok semalam. Airnya disedut dengan motor dari dalam bumi dan ditakung ke sebuah kolam mandian. 

Kembali ke hotel comel berbumbung bulat, berakhirlah perjalanan kami. Kalau tengok dalam internet, Bahriyah sebenarnya turut mengandungi monumen bersejarah sejak dari zaman Rom dan tinggalan Tamadun Firaun. Tapi dalam pakej ni kami cuma dibawa melihat 'monumen' alam semulajadi sahaja. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan keluar dari Bahriyah, kami melalui 'Panorama Oasis', iaitu replika penempatan asal Bahriyah sebelum disapa kemodenan. Kalau di Siwa, perkampungan badwi sebenar yang dibina dari tanah liat ni masih didiami sampai sekarang. Bahriyah agaknya moden sikit dari Siwa, so rumah2 tanah liat sume tinggal kenangan je.

Lawatan ke Bahriyah walaupun antara yang tersingkat tapi meninggalkan kesan mendalam pada saya. Banyak pemandangan yang selama ni cuma dapat tengok dalam Nat Geo, tak sangka akan dapat dilihat dengan mata kepala sendiri. Semuanya serba indah.

Merenung debu-debu menyelimuti Sahara Hitam buat saya terfikir, betapa jauh bezanya ciptaan Allah dan ciptaan manusia. Ciptaan manusia selepas habis had tempoh yang boleh digunakan, benda tu rosak jadi sampah sarap tak berguna. Tapi ciptaan Allah tak ada had tempoh. Hatta gunung berapi yang dulu menakutkan, lepas matinya jadi perhiasan indah dan monumen yang mengagumkan. Dasar laut dalam yang dulunya menampung kehidupan, selepas kering jadi halwa mata dan sumber ilmu yang berguna bagi manusia. ALLAHU AKBAR!

Teringin nak tengok sendiri? Datanglah ke Bahriyah. U're invited! :)))

Ulasan