Lewat Kusedari Nilai Cintamu
Cuti yang paling terdesak rasanya, ialah cuti tahun ini. jiwa saya terbelah tiga antara tugas dengan persatuan, belajar di kursus dan bengkel2, juga meluangkan masa bersama sahabat2 yang akan pulang ke tanahair. semalam bermalam di ARMA, cuba meluangkan masa bersama seorang yang istimewa. masa yang hanya beberapa jam itu saya beli dengan Kursus Kefahaman Pengurusan Islam sebagai galang gantinya. agak sedih dan ralat kerana tidak dapat menghadiri malam penutup kursus yang sangat best tu tapi saya percayakan diri, pilihan saya ini tidak salah. kerana seorang yang istimewa itu,ialah kakak senior yang menyambut ketibaan saya ketika mula menjejakkan kaki di sahra' ini.kami hanya rapat sebagai ahli bait. pernah makan,tidur,bertadarus,bersuap dan bergelumang kuih raya bersama-sama pada 2008 yang lalu.kakak itu, dengan jawatannya sebagai setiausaha di sebuah BKAN sangat sibuk dan kurang waktu untuk bersama. jika freshie lain sudah dibawa berjalan merata, kami di 302 hanya tahu shopping di...