Rehlah ke Matruh & Siwa
“ Katakanlah : Perhatikanlah apa yang ada di langit dan bumi. Tidaklah bermanfaat tanda-tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman ” Surah Yunus, 101. Pada September lepas Alhamdulillah berkesempatan mengikuti rehlah tahunan yang dianjurkan HEWI PMRAM ke Matruh dan Siwa. Istimewanya rehlah pada tahun ini diadakan pada penghujung musim panas berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya pada bulan Julai. Cuaca sederhana dan lawatan menjadi sangat selesa. Matruh dan Siwa menawarkan pakej pelancongan yang lengkap daripada keindahan alam hingga kesan-kesan peninggalan sejarah. Walaupun terletak di wilayah paling barat negara Mesir namun lawatan ke sana memberikan pengalaman berharga dan terasa sangat berbaloi. Tambah menyeronokkan apabila rehlah kali ini turut disertai pelajar perubatan. Info Matruh Marsa Matruh merupakan sebuah wilayah Mesir yang bersempadan dengan Negara Libya. Ia terletak di persisiran laut Medi...