Purdah Hitam & Islamophobia = Siapa Aku?
Isnin yang sederhana panas di tengah Kaherah. Dengan memakai tudung dan purdah serba hitam aku keluar jumpa kawan di Mahattah Ramses, kirim sesuatu untuk dia bawa balik ke Alex. Dalam perjalanan pulang ke ARMA tempat aku menginap, ternampak satu pasangan pelancong berwajah cina. Dengan buku panduan dan sebotol air mineral dikelek ke sana ke mari, diorang bertanya arah kepada seorang makcik Arab. Nak ke Bab Sya'riah dengarnya. Stesyen Metro bawah tanah yang paling hampir dengan Bab Futuh - kawasan tumpuan pelancong yang aku sukaaaaaa kongsi kat sini. Aku tahu sebab aku pernah study tempat tu dalam peta tahun lepas, tapi belum sempat jelajah lagi. Aku intai buku panduan yang dipegang si lelaki, Walking Trough Cairo ke apa tajuknya tak pasti. Yang aku pasti pasangan ni nak berjalan kaki menjelajah Kaherah. Sama hobi dengan aku! Hati aku rasa tertarik2 sangat nak tolong dua pelancong tu. Kebetulan diorang pun akan naik tren yang sama dengan aku, cuma destinasi aku kemudian sikit...