Kerana Pahitnya Ubat.
Ubat selalunya pahit.Kerana pahitnya ubat,insan selalu lupa akan khasiat.. Kerja bertimbun di Kaherah.Mesyuarat AJKT semakin dekat.Beberapa laporan yang belum selesai minta diurus.Artikel Putra menjerit nak keluar.Kursus PMC ditinggal tak menyempat. Tapi kerana pahitnya ubat,sendirian kuredah malam.Persetankan hisbah dan UMI.Aku mahu kembali ke pinggir lautan.Benar,ada amanah menanti di sini tapi sebetulnya aku membawa diri kerana tak tertahankann pahitnya ubat yang kutelan. terima kasih atas teguran jujurmu...mungkin aku memang melampaui batas tanpa kusedari. sakit bagai tertikam nurani.namun mudah2an kesakitan ini ubat bagiku.mudah2an tuhan jernihkan kita seperti adanya. semalam sampai lewat.pukul 9.30 malam baru muncul di rumah.balik sorang dari kaherah malam2,musyrifah pun dah tak terkata apa.maaf jannah.sejak kecil,antara akak dan peraturan memang ada masalah besar.bila desperate camni lagi akak kesampingkan peraturan.malas nak susahkan orang.maaf banyak2 kepada semua pihak yang s...