Catatan

Paspot dan sempadan

Hishamuddin Rais Mac 11,05 7:50pm Sometimes I wonder whether the world is being run by smart people who are putting us on or by imbeciles who really mean it. - Mark Twain 1835 -1910 "Aku nak kongsi pengalaman. Satu hari aku dan bapakku pergi ke Pekan Nenas (bp) pusat tahanan pendatang asing coz kawan ayah aku orang Indon. Tapi dia dah tinggal kat Malaysia lebih 8 tahun. Adik dan abangnya semua dah dapat pasport Malaysia kecuali dia...masa aku sampai kat pagar pusat tahanan pendatang asing, pengawal itu tak kasi masuk. Tapi ayah aku berkeras dan kami dibiarkan masuk dengan alasan-alasan tertentu. Semasa berbual-bual, member ayah aku cerita masa dalam tahanan, semua tahan disuruh berbogel dan hanya memakai seluar kecik dan semua disuruh tidur mencangkung (ganaz siot-ed). Aku kesian kat dalam lokap tu ader pepijat. Setiap empat jam polis yang mengawal akan berganti. Setiap kali berganti polis akan mengira tahanan dan disuruh berdiri, sesiapa lambat akan dilempang. Member ayah aku ce...

Minyak dah habislah!

Hishamuddin Rais Okt 8,04 12:00pm "Pegawai Perhubungan Awam kementerian, Nik Suzana Nik Shapik berkata, berdasarkan pemantauan, mendapati barang-barang yang mengalami kenaikan secara mendadak ialah cili, tomato, ikan, sayur-sayuran dan beberapa barangan lain. Bagaimanapun beliau berkata, kenaikan itu berlaku disebabkan bekalan barangan pasar amat terhad sekali berikutan musim hujan." (laporan Utusan Melayu 7 October 2004) Kali ini air hujan pula telah dituduh sebagai penyebab kenaikan harga barangan. Mengikut kenyataan ini pesta kenaikan harga barangan tidak ada sangkut paut dengan naiknya harga minyak petrol. Alhamdulilah. Tetapi kenyataan ini tidak memiliki apa-apa asas ekonomi. Untuk saya kenyataan-kenyataan seperti ini hanya datang dari mulut seorang insan yang telah dibebalkan fikrahnya. Justeru, kita semua wajib bersimpati dengan pegawai yang terpaksa bersuara kerana menurut perintah ketua politiknya. Sabar dan tunggulah tidak lama lagi pasti akan muncul pula tuduhan-t...

Pepsi dan Coke atau Tengkorak dan Tulang

Hishamuddin Rais Okt 22, 04 6:06pm Mungkin ramai yang akan menolak apa yang saya tulis ini sebagai satu dongeng. Atau menuduh saya sebagai pengamal dan pengikut mazhab teori konspirasi. Tetapi untuk saya semua yang berjalan di dalam dunia ini adalah hasil dari perancangan a.k.a konspirasi. Semua perkara yang diinginkan berlaku, hanya akan berlaku jika dirancang/disusun/diatur. Kalau saya bersama tiga orang kawan ingin ke panggung menonton, maka kami akan membuat temujanji, mencari panggung dan memilih genre filem apa yang ingin kami tonton. Apa yang telah saya lakukan ini sebenarnya satu konspirasi atau perancangan. Ianya bukan satu kesalahan tetapi kebiasaan harian. Kerana itu konspirasi adalah satu konsep yang wujud dan dianggap satu yang sah disegi undang-undang. Di bidang perhakiman dan kepolisian, kita akan bertemu bab tentang konsep konspirasi dalam cara untuk membuktikan pertuduhan. Si anu dituduh berkonspirasi untuk membunuh si polan. Atau si polan dituduh berkonspirasi untuk ...