Catatan

Penghinaan Isra' Mi'raj -Rasulullah tunggu jawapan ANDA!

'Kafir bangga' hina Islam di Facebook, Youtube Muhammad Yazid Othman Mei 4, 10 10:29am Assalamualaikum, Satu laman web Facebook seperti alamat berikut yang menggunakan 'ID' ataua nama samaran 'Kafir Bangga' telah menghina kesucian agama Islam melalui kenyataannya seperti di bawah: 'Israk & Mikraj Aku masih tak boleh faham macam mana manusia yang berakal boleh percaya akan cerita yang sebegini bodoh.' Dari kenyataan tersebut secara jelas beliau menghina persitiwa Israk & Mikraj yang terdapat di dalam Islam. Beliau juga telah mencipta sebuah klip video bagi menghina persitiwa Israk & Mikraj dan seterusnya menghina Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Beliau juga secara bangga mencabar pihak berkuasa menahannya melalui kenyataannya: Kafir Bangga eh, suka hati aku lah nak buat video. memang aku nak mempengaruhi orang lain. kau tau tak betapa susahnya aku nak hidup sebagai seorang murtad? orang islam di negara ni dah banyak menjahanamkan kehidup...

Badi'uzzaman Said Nursi - Panglima Perang Saraf Menentang Sekularisme

Imej
Badi'uzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1873 di sebuah kampung bernama Nurs, di timur Anatolia. Gelaran 'Nursi' adalah sempena nama kampung ini. Beliau menerima pendidikan asas daripada para ulama' terkenal didaerahnya. Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kecerdikan dan kemampuan yang luar biasa untuk belajar. Hal ini membuatkannya terkenal di kalangan guru-guru,kawan-kawan dan orang ramai. Ketika berusia 16 tahun, beliau mengalahkan beberapa ulama' terkemuka yang telah menjemputnya ke satu majlis perbahasan (ketika itu perbahasan ialah satu amalan biasa di kalangan para ulama'). Kemudian beliau terus mengalahkan berbagai kumpulan ulama' lain sebanyak beberapa kali dalam majlis perbahasan. Selepas peristiwa ini, beliau pun digelar Badi'uzzaman (Kekaguman Zaman). Pengalaman pendidikan yang beliau lalui telah membuka fikirannya untuk memikirkan cara bagi menghasilkan sebuah sistem pendidikan bersepadu. Ketika itu,dunia sedang memasuki satu ...

Kari Kumbang dan Jawapan Allah

Suatu petang pada fasa 1 yang lepas,saya bersendirian di bilik menapis2 kenangan lama.Teringat perangai-perangai buruk sejak kecil yang banyak melukakan hati orang sekeliling saya.Ada yang sudah berjaya di-nyahkan,ada yang saya masih terkial-kial mencari ubatnya.Perangai buruk,bukan semata2 melukakan hati orang lain tapi sebagai balasannya,hati sendiri menjadi gundah-gulana.Ini selalu saya rasai setiap kali tersilap menegur orang.Kerana merasa di pihak yang benar,kadang-kadang saya terlupa hati sahabat perlu dijaga. Ya,sikap suka menegur ini adakalanya saya rasa bukan satu anugerah,bahkan satu nasib malang...kadang-kala saya teringin menjadi lembu yang dicucuk hidung daripada terlalu lantang menegur kebejatan di depan mata saya. Sambil melayan blues-sambil bermuhasabah,satu persoalan hinggap di benak saya.Bagaimanakah uslub menegur yang terbaik,supaya yang menegur berpuas hati dan yang ditegur tidak terkilan?Saya tidak menemukan orang yang terbaik untuk menjawabnya kecuali satu...lalu ...