Catatan

Apakah Jabidah Massacre?

Imej
Saya terserempak dengan sejarah ni waktu merayau2 update isu Lahad Datu. MasyaAllah tak sangka rupanya dalam keluarga Nusantara kita pun ada kisah tragis macam ni. Teringat drama Korea - City Hunter yang intronya mengisahkan sekumpulan askar yang dikhianati negaranya. Ntah2 si penulis City Hunter dapat ilham dari peristiwa ni. Pada Mac 1968, sekumpulan perajurit muda beragama Islam dari suku Tausug dan Sama telah dibunuh di Filipina. Mereka telah dilatih untuk menimbulkan kekacauan di Sabah, dalam usaha Filipina mahu mendapatkan semula negeri itu dari Malaysia. Apabila para perajurit muda ini mendapat tahu tujuan asal latihan mereka untuk membunuh saudara Muslim di Sabah, mereka enggan meneruskan latihan dan menuntut supaya dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing. Tuntutan mereka tidak dipedulikan, sebaliknya Kerajaan Filipina telah menghantar mereka PULANG KE AKHIRAT. seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri dari pembunuhan tersebut dan menceritakan kisa...

Filem 'Devil' dan Erti Sebuah Iman

Imej
Pagi2 Jumaat tengok cerita hantu. Alhamdulillah ceritanya bukan sekadar cerita. Tapi pengajaran yang sangat baik untuk difikirkan bersama. saya kongsikan kisahnya dengan kamu :) FILEM: DEVIL Kisahnya tentang lima orang pengguna terperangkap dalam sebuah lif. Semuanya mempunyai kisah silam yang buruk. Ben seorang pembunuh. Sarah, pelacur 1st class yang kerjanya memeras lelaki kaya. Tony, pernah melakukan langgar lari kemudian meninggalkan nota meminta maaf di tempat kejadian. Dua orang lagi ialah sorang penipu skim cepat kaya dan sorang nenek penyeluk poket. Kisah bermula apabila lif yang mereka naiki terhenti separuh jalan. Dalam beberapa tempoh, lampu akan terpadam dan bila menyala semula, sorang demi sorang didapati terbunuh tanpa diketahui siapa pelakunya. Yang pertama mati ialah si penipu skim cepat kaya. Selepas itu ialah nenek penyeluk saku. Tiga orang yang tinggal mula saling mencurigai antara satu sama lain dan hampir berbunuhan. Sementara itu polis mula...

Bukalah Pintu Langit Dengan Tanganmu...

Imej
Seorang peminat astronomi menganjurkan satu program mencerap langit di masjid berhampiran kediamannya. Selepas maghrib apabila tiba waktu yang dijanjikan, para jemaah -dewasa dan anak-anak- berkumpul hendak mencerap. Teleskop khas sedia dipasang. Masing-masing teruja hendak melihat bintang. Hati menunggu penuh harapan. Tapi sayangnya langit kelabu dipenuhi awan. Mereka menunggu. Si penganjur menunggu. Berpeluh-peluh mengharap awan pergi. Hatinya berkobar2 hendak menghidupkan sunnah merenung langit. Malu dan kecewa kalau tak jadi. Awan masih tak berganjak. Akhirnya masuk waktu isyak. Azan dikumandangkan. Dengan kecewa si penganjur mengemas teleskop. Sambil tangan bekerja dia berpesan supaya jemaah berdoa sewaktu solat nanti agar Allah bukakan langit untuk mereka. Dan selepas Isyak........langit cerah sejernih kaca. Langsung tidak ada tanda yang tadinya ia dipenuhi awan! Dengan penuh kesyukuran si penganjur memasang semula teleskopnya dan berjalanlah program seperti yang diran...