Catatan

Pengalaman Menjadi Cleaner Hospital

Imej
Menjadi petugas pembersihan @ 'cleaner' adalah satu pengalaman manis untuk dikenang. Awal tahun baru2 ni, tak tahan sangat ayah bising suruh cari kerja, saya nekad merantau ke Johor memohon kerja sebagai petugas pembersihan. Sebenarnya saya dah teringin nak cuba kerja ni sejak di Mesir lagi. Seronok tengok pelajar luar negara buat kerja sampingan tambah pendapatan. Tapi di Mesir kami tak dibenarkan bekerja. Jadi hasrat saya tak pernah kesampaian. Kemudian bila saya nampak iklan jadi cleaner di hospital, saya tak teragak2 terus hubungi agensi berkenaan. Saya pun memang suka dengan hospital. Suka tengok doktor. Tapi tak pernah ada kelayakan untuk pergi hospital walaupun sebagai pesakit (alhamdulillah...). Dapat jadi cleaner pun boleh la. HOSPITAL SULTANAH AMINAH Sebelum memulakan kerja saya buat kajian sikit berkenaan tempat baru yang akan saya pergi. Dapatlah tahu sikit2 latar belakang Hospital Sultanah Aminah sebagai hospital utama dan paling sibuk di negeri Johor. Dah...

Jawatan Kosong Di Ummah Universe

Saya graduan yang baru tamat belajar. Lepasan dari pesantren yang biasa-biasa sahaja, bukanlah kolej apatah lagi universiti. Saya mengembara ke serata dunia mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan saya. Akhirnya langkah kaki berhenti di hadapan sebuah bangunan agam yang usang. Warna catnya lusuh, rumput semak memanjat ganas di beberapa bahagian dinding dan temboknya-masyaAllah-menggelupas dengan bata yang berlubang bak tulang diserang osteoporisis. Saya senyum senget menatap satu-satunya benda yang kelihatan megah di situ-papan tanda bertulis Ummah Universe Pte.Ltd.             Oh, mengapa kaki berhenti di rumah hantu ini? Tuhan, syarikat apakah begini?             Selamat datang ke Ummah Universe. Saya Nuur.             Manis sekali senyumnya. Saya memperkenalkan diri kepada Nuur, pegawai perh...

Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Imej
Pada tahun terakhir kewujudanku di Timur Tengah, aku saksikan pertembungan dua cendekiawan agung Islam zaman ini - Al-Fadhil Dr. Yusuf Qaradhawi dan Al-'Allamah Syahiidul Mimbar Syeikh Ramadhan Al-Buthi radhiyAllahu 'anhuma. Kedua-duanya hebat, kedua-duanya lantang, kedua-duanya berdiri atas asas yang kukuh. Paling hebat sekali pada keduanya ialah : KEDUA-DUANYA TEGUH MEMPERTAHANKAN KEHORMATAN SAUDARANYA WALAUPUN BERTEMBUNG DALAM PERANG IDEOLOGI. As-Syahid Syeikh Al-Buthi apabila hendak menegur Dr. Al-Qaradhawi, dimulai pujian dan menyebut kelebihan-kelebihan beliau. Begitu juga Al-Fadhil Dr. Al-Qaradhawi apabila hendak menyangkal pendapat As-Syahid, kalamnya sentiasa dihiasi pujian dan penghormatan yang tinggi. Dengan akhlak beginilah Allah mengangkat keduanya ke singgahsana ilmu, walaupun apa yang berlaku kemudian sungguh pahit dan hanya Allah mengetahui hikmahnya. Kebelakangan ini ilmuwan di tanahairku pula terjerlus dalam pertembungan idea. Malang, sudahlah bilangan...