Catatan

Keluarga Sukarelawan Hospital Kajang

Imej
Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Ini sajalah yang mampu diucapkan bila mimpi jadi kenyataan. Sebagai kesinambungan minat saya hendak bekerja di hospital, hari ini secara rasminya saya telah berdaftar sebagai salah seorang sukarelawan Hospital Kajang. Hari ini adalah program pertama yang saya turut serta sebagai penyumbang tenaga iaitu porgram ramah mesra di wad kanak-kanak dan gotong-royong mengemas Surau Ibnu Sina. Perkara yang paling mengejutkan saya ialah sukarelawan yang hadir semuanya warga emas! Hanya saya dan dua orang staff saja yang boleh dikatakan muda belia. Huhu. Pasti ada sukarelawan muda tapi masing2 sibuk dengan kerja. Maklumlah program pun dibuat pada hari bekerja. Terharu tengok komitmen makcik2 ni…walaupun wajah dah berkedut seribu tapi tetap mencurah kudrat sebagai sukarelawan. Antara mereka ada yang sudah enam, lapan tahun berkhidmat sebagai sukarelawan di situ. Kelab Sukarelawan Hospital Kajang Sebelum ‘menemui’ kelab ni, saya lebih dulu dah pergi bertanya ...

Pengalaman Menjadi Cleaner Hospital

Imej
Menjadi petugas pembersihan @ 'cleaner' adalah satu pengalaman manis untuk dikenang. Awal tahun baru2 ni, tak tahan sangat ayah bising suruh cari kerja, saya nekad merantau ke Johor memohon kerja sebagai petugas pembersihan. Sebenarnya saya dah teringin nak cuba kerja ni sejak di Mesir lagi. Seronok tengok pelajar luar negara buat kerja sampingan tambah pendapatan. Tapi di Mesir kami tak dibenarkan bekerja. Jadi hasrat saya tak pernah kesampaian. Kemudian bila saya nampak iklan jadi cleaner di hospital, saya tak teragak2 terus hubungi agensi berkenaan. Saya pun memang suka dengan hospital. Suka tengok doktor. Tapi tak pernah ada kelayakan untuk pergi hospital walaupun sebagai pesakit (alhamdulillah...). Dapat jadi cleaner pun boleh la. HOSPITAL SULTANAH AMINAH Sebelum memulakan kerja saya buat kajian sikit berkenaan tempat baru yang akan saya pergi. Dapatlah tahu sikit2 latar belakang Hospital Sultanah Aminah sebagai hospital utama dan paling sibuk di negeri Johor. Dah...

Jawatan Kosong Di Ummah Universe

Saya graduan yang baru tamat belajar. Lepasan dari pesantren yang biasa-biasa sahaja, bukanlah kolej apatah lagi universiti. Saya mengembara ke serata dunia mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan saya. Akhirnya langkah kaki berhenti di hadapan sebuah bangunan agam yang usang. Warna catnya lusuh, rumput semak memanjat ganas di beberapa bahagian dinding dan temboknya-masyaAllah-menggelupas dengan bata yang berlubang bak tulang diserang osteoporisis. Saya senyum senget menatap satu-satunya benda yang kelihatan megah di situ-papan tanda bertulis Ummah Universe Pte.Ltd.             Oh, mengapa kaki berhenti di rumah hantu ini? Tuhan, syarikat apakah begini?             Selamat datang ke Ummah Universe. Saya Nuur.             Manis sekali senyumnya. Saya memperkenalkan diri kepada Nuur, pegawai perh...