Paspot dan sempadan
Hishamuddin Rais Mac 11,05 7:50pm Sometimes I wonder whether the world is being run by smart people who are putting us on or by imbeciles who really mean it. - Mark Twain 1835 -1910 "Aku nak kongsi pengalaman. Satu hari aku dan bapakku pergi ke Pekan Nenas (bp) pusat tahanan pendatang asing coz kawan ayah aku orang Indon. Tapi dia dah tinggal kat Malaysia lebih 8 tahun. Adik dan abangnya semua dah dapat pasport Malaysia kecuali dia...masa aku sampai kat pagar pusat tahanan pendatang asing, pengawal itu tak kasi masuk. Tapi ayah aku berkeras dan kami dibiarkan masuk dengan alasan-alasan tertentu. Semasa berbual-bual, member ayah aku cerita masa dalam tahanan, semua tahan disuruh berbogel dan hanya memakai seluar kecik dan semua disuruh tidur mencangkung (ganaz siot-ed). Aku kesian kat dalam lokap tu ader pepijat. Setiap empat jam polis yang mengawal akan berganti. Setiap kali berganti polis akan mengira tahanan dan disuruh berdiri, sesiapa lambat akan dilempang. Member ayah aku ce...