Ada apa Dengan Gagal?
Fatrah Imtihan telah berlalu dengan jayanya. Natijah yang keluar di hujung fasa menjadi bukti usaha. Pada masa ini kita melihat mahasiswa/wi kita berhadapan realiti dengan pelbagai ragam. Yang lulus, bergembira dengan senyum lebar yang tak lekang di bibir. Tak kurang yang melaburkan sedikit wang, bersedekah dan mengadakan jamuan kesyukuran. Ucapan tahniah dan ‘mabruk’ kedengaran di mana-mana saat bertemu sahabat handai seperjuangan. Yang gagal melepasi halangan peperiksaan pula tidak kurang gelagatya. Ada yang menyambut keputusan dengan redha, ada juga yang berkurung sepanjang hari meratapi kegagalan. Inilah fokus yang mahu diutarakan dalam ruangan kecil ini. Mengapakah mahasiswa/wi kita apabila menghadapi kegagalan (baca: kejayaan tertangguh kerana beberapa sebab) terus menjadi hilang arah dan tenggelam punca. Menangis berhari-hari seperti kematian ahli keluarga layaknya. Mengapa? ADA APA DENGAN ROSIB? Budaya meratapi kegagalan sebenarnya amat berte...