Menariknya Kuantan!

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebenarnya aku takde mood nak menulis. Dah sebulan lebih didiskriminasi di tempat kerja. Hati aku perit rasa nak doakan benda2 tak baik kat penzalim yang diskriminasikan aku. Tapi cuba sabar lagi. Tak elok doa benda tak baik kat orang, walaupun orang tu buat tak baik.

So biar aku share gambar2 Kuantan haritu.

Perjalanan ke Kuantan ni macam satu keajaiban bagi aku. Pertama, sebab aku sebenarnya tak konfiden nak memandu jauh2 ke sana. Kedua, sebab hujung tahun gini biasa dah tengkujuh kat Pantai Timur. Tapi Allah gerakkan hati aku kuat nak bawak ibu jalan ke sana, Alhamdulillah sampai juga. Dari Kuala Klawang kami guna jalan dalam lalu Muazam Shah naik ke atas.

Dah lama teringin nak memandu di jalan Muazam Shah tu. Aku dengar macam misteri je tempatnya terpencil di tengah Semenanjung. Dan rupanya memang terpencil pun sebab sepanjang jalan cuma ada ladang estet. Tiba2 muncul seketul bandar Muadzam Shah. Haha..

Kot iya, apa yang ada kat Kuantan ni sebenarnya? Ada adik ibu yang kami panggil Anggai. Dah berapa tahun Anggai berhijrah duduk di Kuantan, kampung isterinya. Anggai tinggal di perumahan dalam Kampung Pelindung di Beserah. Tak sangka rupanya tempat tinggal Anggai ni ada banyak benda menarik boleh dinikmati!

Malas nak cerita. Tengok gambar je la ea..

Sebelum sampai Kuantan, singgah Pekan dulu jenguk kampung DYMM Agong. Uniknya bandar diraja ni bila kompleks istana terletak di tengah2 kampung. Nampaklah betapa dekatnya hidup keluarga sultan Pahang dengan rakyat. Kata Mak Anggai, dulu selalu je nampak sultan naik basikal keliling kampung atau beriadah bersama rakyat. Daulat Tuanku!

Pekan Riverfront. Muara Sungai Pahang menghala ke laut. Walaupun pemandangan di seberang sungai tak cantik sebab projek pembinaan, tapi sedap bersantai ambil angin di sini.

Hari kedua di Kuantan, pagi2 dah hujan. Dalam hujan kami meronda  Pantai Batu Hitam. Banyak bongkah batu hitam berserakan kat pantai ni, cuma sekarang dah banyak ditimbus pasir. Di satu kawasan bongkah boleh tengok corak unik pada batu2 ni. Banyak garis lurus macam dipotong2.

Anggai bawa tengok tanahnya di Kempadang. Kampungnya cantik, ada kawasan pertanian yang luas menghadap pantai. Tengah hujan berenti kat gerai akak ni ada macam-macam menu tempatan.

Bubur lambuk pantai timur letak sayur dan ulaman. Unik rasanya. Sedap!

Makan tengahari ratah lauk celup tepung di tepi pantai Pelindung. Manusia ramai yakmattt... Tapi servis cepat. Seronok makan sambil dibelai bayu pantai. Kalau tak mendung memang cantik la pemandangan dari restoran ni.

Udang dia rangup tak ingat.. Semua part aku makan tinggal dua biji mata udang je😂

Maghrib2 gigih pergi cari stesen satelit bumi. Ada kat Beserah rupanya!

Stesen ni terletak di atas bukit. Gunanya untuk memancarkan siaran2 televisyen dan telefon antarabangsa. Pada piring radar masih dapat dilihat logo lama Telekom Malaysia yang kian lusuh. Ada orang dapat naik bergambar dekat dengan radar2 ni. Aku kurang bernasib baik sebab tak dapat naik. Merempat ke perumahan sebelah bukit ni, tangkap gambar dari celah pagar.

Malam tu rayau bandar Kuantan cari gerai tudung. Jumpa pasar pakaian di perkarangan stadium. Lepak sekejap tepi padang depan Masjid Negeri. Rupanya tepi padang tu ada bazar lagi besar lagi meriah.

Dari padang ni nampak Menara Kuantan. Cantik lampunya bertukar2 warna. Menara ni boleh naik tengok pemandangan Kuantan waktu malam. Tapi nampak jem ke sana so tengok dari jauh je.

Acara kemuncak: tengok matahari terbit di pantai Pelindung. Indahnya...subhanAllah. Cair hatiku😍

Walaupun jadi port nelayan tapi pantai ni tetap cantik dan bersih tanahnya. Siang sikit nampak orang meluncur ombak. Baru tahu ada juga aktiviti meluncur ombak di Malaysia ni.

Hari ketiga, sarapan mi calong di gerai klasik ala filem P.Ramlee. Gerai yang sangat simple, ada mi goreng, mi calong marvellous dan satar super sedap.

Menyusur balik ke Pelindung. Kampung siapa la cantik ni...

Anggai kata dulu2 orang tarik bot naik ke darat guna kerbau. Sekarang guna traktor.

Damai tengok anak kampung bermain di gelanggang tepi pantai.

Antara rumah rehat tertua di Malaysia. Design bangunan pun masih zaman Jepun lagi.

Kubur ahli kariah Pelindung. Anggai kata nanti mati nak tanam kat sini. Syok dengar bunyi ombak. Sabo je la...

Siang datang sini lagi. Bawa Anggai tengok hutan lipur Beserah, depan sikit dari stesen ni. Kalau lama lagi duk sini, boleh masuk hutan lipur.

Cari buah tangan nak bawa balik KL. Anggai rekomen kedai akak ni buat keropok segar2 depan pelanggan.

Alhamdulillah langit cerah.. Hari ketiga baru dapat tengok laut Kuantan nan biru💙

Gerbang di LPT. Selamat tinggal Kuantan😊💘

Pendek kata memang tak puas dua malam kat sini. Kedamaian kampung tepi pantai buat aku rasa beraaaaatttt hati nak balik KL. Ni baru pantai. Banyak lagi benda aku belum explore kat sini. Tak apalah moga2 ada rezeki lain kali ke Kuantan lagi. Amiiin..

Ulasan