Catatan

Dari Abang Pompeii Kepada Adik K.L

Imej
Adik, Abang ada satu cerita untuk kamu. Ini kisah benar, berlaku tak lama dulu sebelum kamu dilahirkan. Ini kisah ngeri, mari duduk dekat-dekat supaya kamu boleh dengar betul-betul apa yang abang ingin ceritakan. Adik, Suatu masa dulu ada sebuah bandar yang permai di kaki gunung. Suasananya aman tenteram tiada peperangan. Kolamnya jernih dengan ikan berenang-renang manja. Sungainya mengalir damai bak Kauthar dari syurga ‘Adnin. Pohon-pohonnya bila ditiup angin, aduhai gemersik. Buah-buahnya masak ranum, bergayutan bak hidangan dari kayangan. Rakyatnya hidup dengan sentosa, pelbagai agama seiya sekata. Bandar ini dengan segala kesenangannya, benar-benar hadiah kasih dari Tuhan yang maha penyayang…benar-benar syurga yang disegerakan. Adik, Sampai suatu masa bandar kasih Tuhan ini diintai orang. Datanglah satu kaum penyembah syaitan membuat onar. Bila dilihat kedamaian bandar ini begitu mengasyikkan, begitu menguntungkan, dibinalah tempat-tempat hiburan dan rumah-rumah pelacuran. K...

Akhirnya, kita tak jadi apa-apa

Panas sekali pertemuan semalam dengan isu Malaysia. IFF, Adam Lambert, tsunami, ETP, pub dan spa, penyelewengan sejarah, sitem pendidikan, Sufiah dan Amalina, sampai berpatah balik ke ARMA. Berderau-derau darah mahasiswa melepas amuk. Tersembur-sembur. Akhirnya ada yang bertanya, apakah penyelesaiannya? "Kerajaanla! Kalau kerajaan baik insya Allah la boleh ubah semua ni. Macam sekarang kita duduk bawah ni tak ada kuasa, tengok je la." Pulak! Lepastu apa gunanya berorganisasi? Lepastu apa hasilnya bertahun-tahun dalam organisasi? Yang terpenting apa kesudahannya sijil yang dibawa pulang kalau sekadar untuk tengok di bawah? Pagi sebelumnya,berbual dengan adik dari kuliah pergigian yang takut-takut menyuarakan kesal, "Kat kawasan rumah saya tu ada je budak-budak yang balik mesir. Tapi senyap je. Tak buat apape pun. Kenapa kat sini bukan main lagi ligat sampai bermusuh-musuh,tapi balik Malaysia tak buat apape?" Pagi ini, seorang adik lain bertanya pula..."kenapa ta...

IMHOTEP - NABI @ PENYIHIR ZAMAN FIRAUN?

Imej
Sihir merupakan salah satu elemen yang penting dalam peradaban Mesir Kuno. Ia berakar umbi ke zaman sebelum penulisan sejarah dan pengaruhnya begitu meluas hingga menjadi akidah yang diimani oleh pemimpin dan rakyat. Ia menguasai segenap sudut kehidupan dan peraturan-peraturan di zaman tersebut. Para penyihir dianggap ‘belahan tuhan’, diberi kedudukan istimewa di samping raja, menjadi teman berbincang dan tilikan mereka dijadikan sumber rujukan dalam setiap keputusan kerajaan. Para dukun penyihir menisbahkan kuasa sihir mereka kepada dewa-dewi, seperti kuasa menyuburkan tanah disandarkan kepada dewi kesuburan ( Isis ). Begitu juga sihir yang menghasilkan kejahatan disandarkan kepada dewa-dewa jahat dan ia dipanggil ‘sihir gelap’. Kemudian kuasa-kuasa sihir yang telah ‘didewakan’ tersebut dijadikan nama-nama kuil seperti Kuil Isis, Kuil Horus dan sebagainya. Ini menjadi antara punca bagaimana terhasil sekian banyaknya dewa-dewi yang menjadi sembahan dalam kepercayaan Mesir Kuno. Demiki...