Catatan

Kembalikan Persaudaraan Islam di Nusantaraku.

Imej
PADANG 23 Mei - Kira-kira enam bulan selepas dilanda gempa yang meranapkan kediaman dan pelbagai kemudahan asas, kini tersergam indah klinik awam di Kampung Gasan Gadang, Padang Pariaman, kira-kira dua jam perjalanan dari Kota Padang. Pegawai Daerah Padang Pariaman, Drs. Muslim Kasim ketika berucap pada majlis penyerahan bangunan itu berkata, klinik berkenaan merupakan yang terbaik dibina di kawasannya dan ia dibangunkan dengan penuh semangat dan perasaan kemanusiaan. Muslim yang berterima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia serta pasukan Mercy Malaysia atas sumbangan itu, turut memuji tindakan cepat Mercy Malaysia dalam membantu masyarakat di situ melalui waktu paling mencabar dalam kehidupan pasca gempa bumi itu. Pada sidang akhbar selepas itu, beliau berkata, usaha dilakukan oleh Mercy itu mewakili perasaan sebenar rakyat Malaysia terhadap rakyat Indonesia yang sentiasa menganggap sebagai saudara serumpun. "Inilah kenangan yang indah buat kami daripada masyar...

Rehlah ke Matruh & Siwa

Imej
“ Katakanlah : Perhatikanlah apa yang ada di langit dan bumi. Tidaklah bermanfaat tanda-tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman ” Surah Yunus, 101. Pada September lepas Alhamdulillah berkesempatan mengikuti rehlah tahunan yang dianjurkan HEWI PMRAM ke Matruh dan Siwa. Istimewanya rehlah pada tahun ini diadakan pada penghujung musim panas berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya pada bulan Julai. Cuaca sederhana dan lawatan menjadi sangat selesa. Matruh dan Siwa menawarkan pakej pelancongan yang lengkap daripada keindahan alam hingga kesan-kesan peninggalan sejarah. Walaupun terletak di wilayah paling barat negara Mesir namun lawatan ke sana memberikan pengalaman berharga dan terasa sangat berbaloi. Tambah menyeronokkan apabila rehlah kali ini turut disertai pelajar perubatan. Info Matruh Marsa Matruh merupakan sebuah wilayah Mesir yang bersempadan dengan Negara Libya. Ia terletak di persisiran laut Medi...

Ke arah minat sains yang mendalam

JIKA membaca akhbar-akhbar utama negara, berita-berita tentang Bajet 2012 dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) merupakan antara topik yang mendapat perhatian. Manakan tidak, kedua-duanya, secara langsung atau tidak amat berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Namun, mari kita berehat sebentar dan alihkan perhatian terhadap perbincangan lain pula. Perbincangan yang dimaksudkan adalah tentang dunia sains, yang sebenarnya penting tetapi kelihatan amat terasing dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Perhatikan sekeliling. Bila bercakap tentang bajet mahupun PRU, semua orang merasakan mereka layak dan boleh berbicara tentang dua isu itu tetapi bila bercakap tentang dunia sains, ramai berasakan biarlah pihak pakar sahaja yang menguruskannya. Ini satu cara berfikir yang salah kerana peranan ahli masyarakat sebenarnya penting dalam usaha melonjakkan dunia sains negara ke arah kejayaan dan dalam masa sama dapat dipastikan bahawa aktiviti sains berjalan pada landas...