Catatan

Bahriyah - Satu Perjalanan Sejuta Keindahan

Imej
Ramai kawan tanya 'Ada apa kat Bahriyah?' Meh sini nak cerita. The 1st thing, Bahriyah ni bukan laut. Ramai yang tertipu dengan namanya Bahr - Laut. Bahriyah ialah satu kawasan oasis dalam wilayah Giza, maknanya ia tak jauh dari Kaherah. Trip ke Bahriyah antara lawatan paling bermakna yang mengubah pandangan saya terhadap Mesir Ardhul Kinanah. Antara yang termanis sampai tak tau macam mana nak post kat FB. Tapi dah berjalan penat2 mahal2 tak share ngan orang rugi la kan....kene cerita jugak :) Saya ke Bahriyah pada awal Julai lepas, waktu musim panas tengah merembang atas ubun-ubun kepala. Sebelum pergi rasa seram juga, macam buat kerja gila pergi ke gurun tengah2 musim panas. Tapi sebab dah rindu sangat nak tengok bintang banyak2 saya gagahkan diri dan anggap kepanasan tu satu cabaran nak tengok sejauh mana ketahanan diri. Di Bahriyah rupanya tak adalah panas sangat. Matahari memang terik, tapi 'hidangan' angin sepoi tak reti bahasa membuat saya rasa s...

Hawking ibaratkan perkataan “Tuhan” sebagai kiasan

Stephen Hawking membandingkan otak manusia dengan komputer, suatu ciptaan paling pintar oleh manusia. Namun, komputer masih rendah mutunya dari otak kurniaan Tuhan. Tiada manusia yang boleh mencipta kepintaran otak. Pada hemat saya, satu-satunya kelemahan Hawking ialah ia tidak mengenali Tuhan yang mencipta alam semesta. Demikian kandungan dua pucuk surat para pembaca majalah Time ketika mengulas pelbagai pandangan Hawking, seorang ahli sains dari Universiti Cambridge yang pernah melawat Malaysia beberapa waktu dahulu dan disambut dengan meriah dan spontan oleh mereka yang kaget dengan kecerdasannya. Beliau menjadi professor matematik selama 30 tahun hingga bersara pada tahun 2009. Antara pingat yang diterima olehnya ialah Presidental Medal of Freedom kurniaan peringkat awam paling tinggi di Amerika. Antara bukunya yang paling laris sekali jualannya ialah A Brief History of Time, tetapi menurut pelbagai laporan sorotan buku tersebut hanya segelintir yang membaca sepenuhn...

Ar-Rihlah - Catatan Kembara Musim Bunga episod 1, 2 & 3

Imej
Perjalanan ni taklah sehebat Ibn Batutah. Tapi saya berminat meminjam tajuk kitab idola saya tu untuk diabadikan dalam catatan ni. Sesetengah orang mungkin merasa puas dengan berjalan mengikut rombongan sahaja. Tapi bagi saya meneroka secara bebas lebih memberi kepuasan. Kembara kali ni berputar sekitar Kaherah dan Giza, dua bandar utama di tebing Sungai Nil. Sebulan sebelum perjalanan saya membuat study ringkas tentang kawasan Kaherah dan berbincang dengan sahabat maya yang kebetulan mempunyai minat sama. Waktu itu bajet belum masuk, jadi rancangan terpaksa diperap dalam fail dulu buat simpanan arkib. Menjelang Mac barulah mendapat kelapangan waktu dan rezeki lalu bermula episod perjalanan mencari ibrah di bumi barakah…. EPISOD 1 – MALU BELI PETA, SESAT JALAN 10 Mac 2012 Perkara ketiga (selepas duit dan kamera) yang penting bagi saya semestinya peta…sebab tanpa peta macam mana nak tahu arah perjalanan. Tambahan pula peta mengandungi banyak maklumat yang tidak diketahui dalam r...