Catatan

Tanpa Islam Eropah tidak akan wujud

TANPA Islam, Eropah tidak akan wujud. Demikian salah sebuah makalah dalam buku berjudul Eropah: 50 fakta yang perlu diketahui. Lalu disebut betapa Islam pada masa lampau memerintah negara Sepanyol selama 800 tahun. Buku ditulis oleh Emma Hartley. wartawan dan penulis yang telah bertugas dengan empat buah akhbar bahasa Inggeris - Daily Telegraph, Evening Standard, The Independent dan Times, London. Sorotan mengenainya bermula dengan kisah Abu Abdullah, Raja Islam yang terakhir di Sepanyol manakala menunggang kuda dan berhenti di puncak sebuah bukit lalu memandang dari jauh bumbung Istana Alhamra. Ia berlaku pada abad ke-15 setelah tenteranya ditewaskan oleh laskar Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella. Wajahnya begitu sedih dan ia menangis ketika memandang ke arah tempat tinggal nenek moyang yang dulu memerintah Andalusia sebegitu lama. Ibu yang mengiring memarahinya: “Menangis, menangislah kau seperti betina kerana kau tak dapat mempertahannya seperti anak janta...

Lawatan Ziarah Para Syuhada' Bahnasa

Imej
22 September 2012 Alhamdulillah pada harijadi tahun ni diberi peluang yang tak disangka-sangka untuk menyertai rombongan ziarah para Syuhada’ Bahnasa. Rombongan kali pertama yang dianjurkan Syeikh Yusri sebelum ni saya terlepas peluang kerana lewat mendapat tahu hinggalah tarikh tutup penyertaan berlalu. Kali ni Alhamdulillah, dengan ‘ahli kelab penganggur Wilayah’ yang bertujuh kami bersama-sama menjejakkan kaki ke sana dengan rombongan HEWI PMRAM. SEJARAH BAHNASA Asal nama Bahnasa ialah perkataan Arab Bahaa’un Nisaa’ (kemegahan wanita). Dinamakan begini kerana ia menjadi tempat himpunan perempuan-perempuan cantik dari Rom pada suatu masa dahulu. Penempatan di Bahnasa telah wujud sejak Tamadun Firaun. Sebatang sungai yang mengalir di perkampungan itu dinamakan ‘Bahru Yusufi’ sempena nama Nabi Yusuf Alaihis Salam yang pernah menjadi gabenor dalam kerajaan itu. Bahkan jasad Nabi Yusuf dikatakan turut disemadikan di sekitar sungai itu walaupun tiada kesan yang membuktik...

Empat Hariku Dalam Praktikal Summer Pre-Chambering (SPC)

Sebelum tu biarlah saya jelaskan sikit apakah makhluk yang dinamakan SPC ni? Bagi setiap mahasiswa perundangan, diorang dikehendaki menjalani latihan amali selama 9 bulan yang dipanggil 'chambering' atau 'pupillage', sama macam doktor2 kena HO selama 2 tahun untuk melengkapkan pengajian masing2. SPC ni boleh la dikatakan 'mini' chambering yang diadakan khusus buat pelajar Syariah di Mesir dan Jordan untuk mendedahkan kita dengan dunia perundangan Syariah di tanahair. Untung2 jika berminat, pelajar Timur Tengah boleh la ramai2 isi tempat kosong dalam dunia perundangan kita :) Untuk SPC ni, saya dan kawan2 telah memohon sejak musim bunga yang lepas sekitar bulan 3-4 dan programnya dijalankan di Malaysia selama sebulan pada waktu cuti musim panas. Berikut serba-sedikit al-kisah yang dapat dikongsi. Hari 1 Selesai lapor diri dengan penyelia, berkenalan dengan staf-staf Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat (MRSHL). Tunggu sorang lagi pelatih akhawat Mesir yang...