Catatan

Bukalah Pintu Langit Dengan Tanganmu...

Imej
Seorang peminat astronomi menganjurkan satu program mencerap langit di masjid berhampiran kediamannya. Selepas maghrib apabila tiba waktu yang dijanjikan, para jemaah -dewasa dan anak-anak- berkumpul hendak mencerap. Teleskop khas sedia dipasang. Masing-masing teruja hendak melihat bintang. Hati menunggu penuh harapan. Tapi sayangnya langit kelabu dipenuhi awan. Mereka menunggu. Si penganjur menunggu. Berpeluh-peluh mengharap awan pergi. Hatinya berkobar2 hendak menghidupkan sunnah merenung langit. Malu dan kecewa kalau tak jadi. Awan masih tak berganjak. Akhirnya masuk waktu isyak. Azan dikumandangkan. Dengan kecewa si penganjur mengemas teleskop. Sambil tangan bekerja dia berpesan supaya jemaah berdoa sewaktu solat nanti agar Allah bukakan langit untuk mereka. Dan selepas Isyak........langit cerah sejernih kaca. Langsung tidak ada tanda yang tadinya ia dipenuhi awan! Dengan penuh kesyukuran si penganjur memasang semula teleskopnya dan berjalanlah program seperti yang diran...

Kehidupan Pelajar Malaysia di Mesir II - Bermula Cerita

Imej
Artikel 'Kehidupan Pelajar Malaysia di Mesir' nampaknya dapat kunjungan tertinggi di blog ni. Biasa la saya pun suka baca kehidupan orang lain kat tempat lain. Tak dapat pergi pun tapi macam kita dapat rasa apa yang dia lalui. Memandangkan blogger yang dikasihi sekelian nampak cam nak tahu banyak jadi saya ingat nak buat siri kedua. Nak cerita pasal kehidupan pelajar Malaysia kat sini sebenarnya ada terlalu banyak sisi yang boleh diintai. Sebab Mesir sebuah negara yang unik, jadi pelajar Melayu yang dah berakar kat sini pun menjalani bermacam2 rupa kehidupan yang kadang-kadang kita pun tak terfikir kat Malaysia. Dulu sorang kakak senior pernah pesan kat saya sebelum datang sini : "Nanti kamu pergi sana tengoklah, perangai orang kita pelik2 yang kadang2 kat Malaysia pun kita tak jumpa". Memang betul. Sama ada jadi baik atau jadi teruk, perangai orang kita kat sini memang kadang2 tak masuk akal. Tapi biarlah itu urusan diorang dengan Allah. Kita sesama ...

Saidina Abu Ayyub Al-Ansori

Kita biasa dengar kisah tentang Saidina Abu Ayyub Al-Ansori menjadi tuan rumah kepada Nabi s.a.w apabila Baginda berhijrah ke Madinah. Dalam muhadharah baru-baru ni Syeikh ceritakan MENGAPA RUMAH SAIDINA ABU AYYUB TERPILIH UNTUK DIDIAMI BAGINDA. Kisahnya ialah berkenaan niat suci seorang Arab Yaman bernama Tubba'. Beliau mendengar bahawa seorang Nabi akhir zaman akan dibangkitkan dan akan mendiami Yathrib. Lalu beliau berpindah ke Yathrib dan membeli sebuah rumah di situ lalu berdoa; "Ya Allah, mudah-mudahan rumah ini akan menjadi kediaman Nabi akhir zaman bila Baginda berpindah ke sini kelak". Tahun demi tahun berlalu. Tubba' meninggal dunia sebelum sempat menemui Nabi akhir zaman yang dinantikan. Zuriatnya lahir dan wafat. Hinggalah pada masa zuriatnya bernama Khalid bin Zaid r.a, Nabi akhir zaman itu pun bangkit dan berhijrah ke Yathrib seperti yang dijanjikan dalam kitab-kitab terdahulu. Allah mengilhamkan kepada Qaswaa', unta Baginda untuk berhenti d...