Catatan

Cara Membuat Pengiktirafan Sijil Di JPA.

Ini adalah proses wajib bagi mahasiswa/wi luar negara untuk memudahkan kita memohon kerja dengan kerajaan. Sila semak antara dokumen yg diperlukan: 1) I/c dan salinan yg disahkan. 2) Semua pasport lama dan baru serta salinan muka depan dan visa2 yg disahkan. 3) Transkrip bahasa arab (kasyfu taqdirot) dan salinan yg disahkan. 4) Transkrip (kasyfu taqdirot ) terjemahan dari kedutaan Malaysia Mesir dan salinan yg disahkan. 5) Sijil asliyyah dan salinan yg disahkan. 6) Pengesahan sijil ijazah/master/phd dr kedutaan Malaysia Mesir serta salinan yg disahkan. 7) Sijil muaqqotah dan salinan yg disahkan. 8) Sijil spm dan salinan yg disahkan. 9) Sijil STAM serta salinan yg disahkan (kalau ada bahasa arab bawa bersama) Segala kesulitan atau masalah boleh hubungi terus ke talian 03-88853682. urusan ini boleh dibuat di pejabat JPA , tingkat 6 Bahagian Pengiktirafan Sijil, Presint 1, Putrajaya . Selamat berjaya, semoga dipermudahkn segala urusan. Semoga perkongsian ini ...

Bukan Saidina Ali

Imej
Madinah pasca pembunuhan Saidina Usman sangat genting. Pemberontak yang jumlahnya puluhan ribu orang masih berkeliaran mengepung bandar. Ramai para sahabat keluar mengerjakan haji, justeru para pemberontak dengan megah menjadi imam di Masjid Nabi selepas mereka tumpahkan darah sahabat Baginda yang mulia. Khalifah Ali yang baru memegang tampuk dapat membaca suasana tidak baik. Permintaan sahabatnya Az-Zubair dan Talhah supaya menuntut darah Usman terpaksa diketepikan dahulu menimbangkan keadaan darurat yang berlaku. Para pengikut asyik mendesak. Akhirnya dua sahabat mulia tidak dapat bertahan lagi, lantas safar ke Makkah menemui Saiyidah Aisyah mengharapkan srikandi itu akan mengepalai gerakan menuntut bela. Di Makkah mereka memutuskan perkara. Pengikut dikumpulkan. Darah Usman akan terbela di Basrah. * * * Kamu bukan Saidina Ali. Dan saya bukan Saiyidah Aisyah. Tapi impian kita sama. Takkan sama. Permisi. Begitu sahaja dia tinggalkan lamaran tak berbalas, dua puluh lima ta...

Buyut Kembali, Dari Puzzle Kerjasama.

Imej
Hari ketiga Buyut tak balik. Sejak keluar merayau pada malam Selasa, dia tak balik-balik buat kami risau terutamanya Kak Ti yang diamanahkan menjaga Buyut . Buyut kucing rumah yang jarang keluar sejak kecil. Makanannya khas untuk kucing, tak main makan sampah-sarap dan sisa orang. Tiga hari tak balik, apa dia makan kat luar sana? Kami bimbang. Memikirkan dia pulang dengan luka-luka seperti sebelum ini -atau mungkin dilanggar kereta- buat kami tambah tak keruan. Kesian Kak Ti. Tidur, Buyut . Bangun tidur, Buyut . Makan, Buyut . Keluar rumah, Buyut . Balik rumah, Buyut . Nama buyut jadi zikir Kak Ti 2-3 hari ni. Sebelum ni Kak Ti dah cuba cari Buyut ditemani Kak Faizah, sahabat Thailand kami di Masjid Amru. Tak jumpa. “InsyaAllah, malam Jumaat dia balik la tu,” kata Kak Faizah. Bosan bila Buyut tak ada di rumah. Selalu dia jadi objek kami menghilangkan stress. Perhati lenggok jalannya saja buat hati asyik, Maha Suci Allah menciptakan kucing sebagai teman manusia yang menenangkan. ...