Catatan

Jawatan Kosong Di Ummah Universe

Saya graduan yang baru tamat belajar. Lepasan dari pesantren yang biasa-biasa sahaja, bukanlah kolej apatah lagi universiti. Saya mengembara ke serata dunia mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan saya. Akhirnya langkah kaki berhenti di hadapan sebuah bangunan agam yang usang. Warna catnya lusuh, rumput semak memanjat ganas di beberapa bahagian dinding dan temboknya-masyaAllah-menggelupas dengan bata yang berlubang bak tulang diserang osteoporisis. Saya senyum senget menatap satu-satunya benda yang kelihatan megah di situ-papan tanda bertulis Ummah Universe Pte.Ltd.             Oh, mengapa kaki berhenti di rumah hantu ini? Tuhan, syarikat apakah begini?             Selamat datang ke Ummah Universe. Saya Nuur.             Manis sekali senyumnya. Saya memperkenalkan diri kepada Nuur, pegawai perh...

Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Imej
Pada tahun terakhir kewujudanku di Timur Tengah, aku saksikan pertembungan dua cendekiawan agung Islam zaman ini - Al-Fadhil Dr. Yusuf Qaradhawi dan Al-'Allamah Syahiidul Mimbar Syeikh Ramadhan Al-Buthi radhiyAllahu 'anhuma. Kedua-duanya hebat, kedua-duanya lantang, kedua-duanya berdiri atas asas yang kukuh. Paling hebat sekali pada keduanya ialah : KEDUA-DUANYA TEGUH MEMPERTAHANKAN KEHORMATAN SAUDARANYA WALAUPUN BERTEMBUNG DALAM PERANG IDEOLOGI. As-Syahid Syeikh Al-Buthi apabila hendak menegur Dr. Al-Qaradhawi, dimulai pujian dan menyebut kelebihan-kelebihan beliau. Begitu juga Al-Fadhil Dr. Al-Qaradhawi apabila hendak menyangkal pendapat As-Syahid, kalamnya sentiasa dihiasi pujian dan penghormatan yang tinggi. Dengan akhlak beginilah Allah mengangkat keduanya ke singgahsana ilmu, walaupun apa yang berlaku kemudian sungguh pahit dan hanya Allah mengetahui hikmahnya. Kebelakangan ini ilmuwan di tanahairku pula terjerlus dalam pertembungan idea. Malang, sudahlah bilangan...

Saya Dan Dia, Entah Bila Dapat Bersatu

Imej
Antara kenangan lama yang masih maujud dalam simpanan. Bukan bersatu dengan kekasih hati. Saya masih single available lagi. Entah bila dapat bersatu dengan minat saya - menulis. Saya bercita-cita menjadikannya profesion, walaupun secara separuh masa. Saya fikir sudah tamat belajar inilah waktu saya merealisasikannya. Nampaknya semakin jauh dari gapai. Di blog sajalah, bila berkesempatan. Seingat saya, saya mula menulis panjang sejak di tadika. Waktu tu mak andak pindah rumah. Saya tulis surat rindu kepada mak andak, meniarap sedih depan tv. Masuk sekolah tahfiz, di usia sepuluh tahun saya mula menulis cerita pengembaraan. Waktu tu saya tak tahu bagaimana format cerpen. Ambik jalan mudah, saya buat cerita berbentuk dialog saja. Berbelas tahun lepas tu baru saya tahu rupanya format begitu ialah skrip drama. Darjah lima saya mula tulis cerpen. Agaknya waktu tu dah mula banyak membaca. Sekolah tahfiz dulu2, kami hanya ngadap quran je. Parents kasi surat khabar pun kena rampas...