Catatan

Pengalaman Kereta Kena Tunda...

Imej
Kelmarin, merasa kereta naik trak tunda. Selama ni bila tengok kereta orang terkandas di jalan, saya cuma mampu bisik 'kesiannya...mintak2 ada orang tolong dia'. Kelmarin diri sendiri merasa terkandas kat tengah2 lebuhraya. Al-Kisahnya... EPISOD 1 Pagi selasa yang sibuk macam biasa, macam hari-hari lain. JLT2 (orang panggil MRR2) mula sibuk dan kereta berderet perlahan walaupun di lorong pertama. Saya la salah sorang yang beratur dalam ramai-ramai tu. Lokasi: Pandan Indah. Bawak kereta manual ni biasa la... Bila salah adjust   clutch sikit mati la enjin. Enjin termati kat jalan adalah benda yang biasa saya hadapi. Kadang-kadang saya siap acah orang lain yang tak biasa dengan kereta saya. Tiba pagi ni start2 tak hidup. Start2 tak hidup. Start start start start tak hidup juga. Aiyoh...mula la panik. Ni maknanya memang bermasalah. Saya fikir bateri yang memang dah nak kong tu dah inna lillah . Tapi bila guna air-cond , tingkap dan radio semua okey macam biasa takd...

Pornografi: Dugaan Generasi Y

Imej
Golongan muda di zaman moden ini menikmati kemudahan teknologi komunikasi yang begitu menakjubkan. Daripada asal telefon bimbit sebesar beg kerja yang perlu dijinjing ke sana-sini, kini iPad dan telefon pintar memungkinkan komunikasi berlangsung dengan satu sentuhan sahaja. Di samping manfaat yang diperolehi, jaringan komunikasi tanpa batasan juga telah membuka pintu kepada sebaran penyakit sosial yang menghancurkan, antaranya ialah pornografi. Pornografi - istilah yang digunakan untuk sebarang paparan lucah dan cenderung ke arah perlakuan seksual. Bahan ini disebarkan dengan begitu meluas oleh media tanpa mempedulikan adat budaya dan batas agama. Jika dua puluh tahun dulu perkara seksual adalah tabu dan terlindung dari masyarakat, kini anak-anak sekolah rendah pun sudah didapati melakukan hubungan terlarang. Belum lagi dikira jumlah kes pembuangan bayi, kecurangan pasangan dan kehancuran institusi keluarga akibat pornografi. Perkara ini amat membimbangkan. Jika tidak dibendung...

Keluarga Sukarelawan Hospital Kajang

Imej
Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Ini sajalah yang mampu diucapkan bila mimpi jadi kenyataan. Sebagai kesinambungan minat saya hendak bekerja di hospital, hari ini secara rasminya saya telah berdaftar sebagai salah seorang sukarelawan Hospital Kajang. Hari ini adalah program pertama yang saya turut serta sebagai penyumbang tenaga iaitu porgram ramah mesra di wad kanak-kanak dan gotong-royong mengemas Surau Ibnu Sina. Perkara yang paling mengejutkan saya ialah sukarelawan yang hadir semuanya warga emas! Hanya saya dan dua orang staff saja yang boleh dikatakan muda belia. Huhu. Pasti ada sukarelawan muda tapi masing2 sibuk dengan kerja. Maklumlah program pun dibuat pada hari bekerja. Terharu tengok komitmen makcik2 ni…walaupun wajah dah berkedut seribu tapi tetap mencurah kudrat sebagai sukarelawan. Antara mereka ada yang sudah enam, lapan tahun berkhidmat sebagai sukarelawan di situ. Kelab Sukarelawan Hospital Kajang Sebelum ‘menemui’ kelab ni, saya lebih dulu dah pergi bertanya ...