Abu Qir - Cari Salji Terjumpa Kubu
Katanya salji turun di Tusun Basya. Ajaib, tak pernah dengar salji turun di Iskandariah ni. Dekat dengan Mandarah pula tu. Patutlah kami sejuk bukan main sampai dalam rumah pun mulut berasap-asap. Gambar daripada carian internet menambah asyik. Saya dengan terujanya pergi mencari salji. Tak tahu ke mana nak dibawa kaki, tapi hati tergerak nak naik keretapi ayam ke Abu Qir. Heret Nazneen sekali buat teman, risau pagi-pagi cuti nak naik keretapi sunyi ke hujung Iskandariah. Dalam perjalanan, mata sentiasa menatap ke luar keretapi kot-kot dapat tengok kelibat salji. Tapi sampai ke sudah tak nampak pemandangan yang diharap-harapkan. Turun di perhentian terakhir, Abu Qir, hujan turun sedikit lebat. Masih harap dapat melihat salji di mana-mana walaupun tak tahu nak ke mana. Selepas berteduh empat-lima minit di depan mahattah, kami buat keputusan untuk meredah hujan menuju ke arah perhentian tremco . Kalau tiada apa yang menarik kami balik sajalah. Konon nak pergi ke tremco, Naz...