Catatan

Ar-Rihlah episod 4 - Muzium Hidup di Jalan Muizz li Dinillah

Imej
Baca episod lepas Masih dalam minggu yang sama. Selepas muzakarah dengan sahabat di Masjid al-Azhar, saya melencong ke bazar Khan el-Khalili. Pasar terkenal ni letaknya bersebelahan Midan Husayn betul-betul berhadapan Kompleks al-Azhar. Pelajar Malaysia selalu ke sini bila hendak mencari pakaian dan minyak wangi, atau mencari buah tangan buat keluarga di tanahair. Pasar ini dibelah dua dengan Jalan Muizz li Dinillah. Bahagian depannya yang berturap batu hitam menjual pelbagai cenderahati, sebelah dalam pula hanya bertar biasa dan menjadi tapak niaga perkakas harian. Sewaktu berjalan-jalan menengok pakaian, saya terperasan sebuah masjid lama 'terselit' di celah kedai di jalan Muizz li Dinillah. 'Ammu di depan pintu ramah menjemput saya masuk melihat dalam masjid. Bermula dari masjid itu saya terus gelintar menyelongkar Jalan Muizz li Dinillah, terus ke depan dan baru menyedari bahawa tempat yang selama ini kami singgah untuk ber shopping  rupanya berada di te...

Abu Qir - Cari Salji Terjumpa Kubu

Imej
Katanya salji turun di Tusun Basya. Ajaib, tak pernah dengar salji turun di Iskandariah ni. Dekat dengan Mandarah pula tu. Patutlah kami sejuk bukan main sampai dalam rumah pun mulut berasap-asap. Gambar daripada carian internet menambah asyik. Saya dengan terujanya pergi mencari salji. Tak tahu ke mana nak dibawa kaki, tapi hati tergerak nak naik keretapi ayam ke Abu Qir. Heret Nazneen sekali buat teman, risau pagi-pagi cuti nak naik keretapi sunyi ke hujung Iskandariah. Dalam perjalanan, mata sentiasa menatap ke luar keretapi kot-kot dapat tengok kelibat salji. Tapi sampai ke sudah tak nampak pemandangan yang diharap-harapkan. Turun di perhentian terakhir, Abu Qir, hujan turun sedikit lebat. Masih harap dapat melihat salji di mana-mana walaupun tak tahu nak ke mana. Selepas berteduh empat-lima minit di depan mahattah,  kami buat keputusan untuk meredah hujan menuju ke arah perhentian tremco . Kalau tiada apa yang menarik kami balik sajalah. Konon nak pergi ke tremco, Naz...

Bertamu Ke Rumah Arab 1

Imej
Arab Mesir walaupun terkenal lebih keras berbanding Arab di negara lain namun identiti mereka sebagai bangsa yang menghormati tetamu tetap terpelihara. Sepanjang menetap di Iskandariah ini saya pernah beberapa kali merasai pengalaman bertamu ke rumah Arab atas jemputan mereka dan kunjungan paling kerap ialah ke rumah tuan rumah kami sendiri yang terletak berdekatan. Baba dan Mama Baba Ahmad dan Mama Tahani, pasangan suami-isteri yang baik hati dan melayan kami tak ubah seperti anak-anak sendiri. Setiap kali tiba Aidilfitri dan Aidiladha, kunjungan ke rumah mereka adalah agenda wajib. Bukan itu sahaja, pada bulan Ramadhan juga pasti kami dijemput berbuka puasa di rumah mereka. Melalui kunjungan begini sedikit sebanyak kami dapat mengetahui budaya dan cara pemakanan mereka yang berbeza dengan kita di Malaysia. Contohnya amalan mereka yang tidak meminum air ketika makan. Mulanya agak susah bagi kami kerana Mama langsung tidak menghidangkan air di meja makan melainkan sup. Selepas itu p...