Catatan

Kebangkitan Islam Di Eropah – Antara Realiti dan Mimpi Ngeri

Kurun ke 21 menyaksikan kebangkitan Islam yang pesat di merata dunia. Benua Eropah antara yang paling hangat merasakan kesannya. Jika kebangkitan Islam di timur lebih menumpukan kepada spek pengamalan syariat, di belahan dunia barat pula Islam mendapat tempat di hati insan-insan yang kekosongan jiwa dan mencari lmpu buat menyuluh kehidupan.   Artikel kali ini memfokuskan kebangkitan Islam di Barat yang amat menarik untuk diteliti. FAKTOR KEBANGKITAN                 Kebangkitan Islam di Eropah tidak terjadi dengan sendiri. Ia dicetuskan oleh beberapa situasi yang melanda benua Eropah beberapa dekad sebelum itu. Dengan lambakan hiburan, desakan keperluan hidup dan persaingan meraih pangkat dan status dalam masyarakat melahirkan sistem kehidupan yang celaru di sana. Walaupun zahirnya masyarakat mereka kelihatan teratur (bahkan lebih hebat dari masyarakat muslim sendiri) namun dek kekontangan spir...

Tanpa Islam Eropah tidak akan wujud

TANPA Islam, Eropah tidak akan wujud. Demikian salah sebuah makalah dalam buku berjudul Eropah: 50 fakta yang perlu diketahui. Lalu disebut betapa Islam pada masa lampau memerintah negara Sepanyol selama 800 tahun. Buku ditulis oleh Emma Hartley. wartawan dan penulis yang telah bertugas dengan empat buah akhbar bahasa Inggeris - Daily Telegraph, Evening Standard, The Independent dan Times, London. Sorotan mengenainya bermula dengan kisah Abu Abdullah, Raja Islam yang terakhir di Sepanyol manakala menunggang kuda dan berhenti di puncak sebuah bukit lalu memandang dari jauh bumbung Istana Alhamra. Ia berlaku pada abad ke-15 setelah tenteranya ditewaskan oleh laskar Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella. Wajahnya begitu sedih dan ia menangis ketika memandang ke arah tempat tinggal nenek moyang yang dulu memerintah Andalusia sebegitu lama. Ibu yang mengiring memarahinya: “Menangis, menangislah kau seperti betina kerana kau tak dapat mempertahannya seperti anak janta...

Lawatan Ziarah Para Syuhada' Bahnasa

Imej
22 September 2012 Alhamdulillah pada harijadi tahun ni diberi peluang yang tak disangka-sangka untuk menyertai rombongan ziarah para Syuhada’ Bahnasa. Rombongan kali pertama yang dianjurkan Syeikh Yusri sebelum ni saya terlepas peluang kerana lewat mendapat tahu hinggalah tarikh tutup penyertaan berlalu. Kali ni Alhamdulillah, dengan ‘ahli kelab penganggur Wilayah’ yang bertujuh kami bersama-sama menjejakkan kaki ke sana dengan rombongan HEWI PMRAM. SEJARAH BAHNASA Asal nama Bahnasa ialah perkataan Arab Bahaa’un Nisaa’ (kemegahan wanita). Dinamakan begini kerana ia menjadi tempat himpunan perempuan-perempuan cantik dari Rom pada suatu masa dahulu. Penempatan di Bahnasa telah wujud sejak Tamadun Firaun. Sebatang sungai yang mengalir di perkampungan itu dinamakan ‘Bahru Yusufi’ sempena nama Nabi Yusuf Alaihis Salam yang pernah menjadi gabenor dalam kerajaan itu. Bahkan jasad Nabi Yusuf dikatakan turut disemadikan di sekitar sungai itu walaupun tiada kesan yang membuktik...