Catatan

Bertamu Ke Rumah Arab 2

Imej
Namun pengalaman yang paling tidak boleh saya lupakan ialah bertamu ke rumah dua orang kawan Arab, Iman dan Fatma. Mereka tinggal di Hanouville, bersebelahan bandar pelabuhan Ajamy di pinggir Iskandariah. Kunjungan kali ini atas jemputan Fatma yang baru melahirkan putera sulungnya. Sewaktu kenduri walimahnya beberapa bulan sebelum itu Fatma turut menjemput kami tetapi saya tidak hadir. Rugi tak dapat tengok pesta Arab kahwin! Dengan keluarga Iman Sebelum ke rumah Fatma, kami berlapan terlebih dulu berkunjung ke rumah Iman. Perjalanan jauh ke rumahnya melalui pekan dan bandar yang tidak biasa dikunjungi pelajar Malaysia. Dari pekan kecil yang tenang, pasar barangan terpakai di belakang pelabuhan, depoh minyak dengan paip besar melintang seperti jejambat di atas lebuhraya hinggalah bandar Ajamy yang sesak dan padat. Hampir sejam perjalanan, kami turun di pekan Hanouville tunggu Iman datang menjemput. Iman, gadis kecil molek yang berdarah asli Mesir datang dari keluarga penyokong kuat Ik...

Sehari ke Faiyum

Imej
Alhamdulillah pada cuti musim panas 2008 saya berpeluang ikut kawan berjalan ke Faiyum. Faiyum ialah satu wilayah di Mesir yang terkenal dengan Tasik Qarun dan air terjun di tengah padang pasir. Perjalanan ke Faiyum langsung tak dirancang. Tahu2 kawan ajak pergi, tengok duit pun ada  then  terus jalan. Itulah namanya Allah nak bagi kan. Sebelum ke Faiyum, terlebih dulu kami singgah ke Giza menjenguk piramid agung dan sphinx. Dalam Bahasa Arab dipanggil al-ahram dan Abul Haul. Kawasan itu merupakan tinggalan tamadun firaun yang mana sebahagiannya dilihat masih terbenam di dalam pasir. Bahagian yang sudah digali pula sedang dipulihara. Tiada apa kami lakukan di situ, hanya menangkap gambar dengan monumen ribuan tahun. Menjelang tengahari kami sampai ke Faiyum, melawat kincir air Nabi Yusuf di tengah pekan. Pekan Faiyum kecil sahaja namun kelihatan cantik dan terjaga. Mungkin kerana tempat ini menjadi tumpuan pelancong. Kincir air itu pula dikatakan telah dibina sejak zaman Nabi ...

Ustazah Sahar

Imej
Sahabat2 satu batch saya ramai yang ambil kursus bahasa seawal tiba di Mesir. Mungkin mereka dah dengar sejak di Malaysia tentang pelbagai kursus bahasa. Saya sempat ikuti kursus bahasa selepas grad. Sengaja duduk setahun di Mesir dengan alasan buat sijil asliah padahal sebenarnya tak nak balik. Hehe.. Sambil berulang buat sijil di Kaherah, ambil kelas Nahu di Alex dengan seorang sahabat akhawat bernama AH. AH ni ada connection dgn NGO yg ada connection dengan IM. Connection yg cukup kuat untuk dia tahu guru tusyen kami ni penyokong kuat IM. Namanya Ustazah Sahar. Wanita Mesir yang bertubuh langsing, hidung mancung dan bermata galak. Banyak kali pandang, macam iras Norzizi Zulkifli. Cuma Ustazah berkulit putih. Dr. Norzizi Zulkifli. Kredit Harian Metro. Tak tahulah sebab tarbiah IM ke apa, tapi Ustazah Sahar ni aura lain macam. Tingkahnya walaupun santai tapi tegas. Kata-katanya lembut tapi tegas. Tatapan matanya saja dalam keredupan tetap nampak tegas. Aura orang perjuangan mungkin. B...