Catatan

Menariknya Kuantan!

Imej
Bismillahirrahmanirrahim. Sebenarnya aku takde mood nak menulis. Dah sebulan lebih didiskriminasi di tempat kerja. Hati aku perit rasa nak doakan benda2 tak baik kat penzalim yang diskriminasikan aku. Tapi cuba sabar lagi. Tak elok doa benda tak baik kat orang, walaupun orang tu buat tak baik. So biar aku share gambar2 Kuantan haritu. Perjalanan ke Kuantan ni macam satu keajaiban bagi aku. Pertama, sebab aku sebenarnya tak konfiden nak memandu jauh2 ke sana. Kedua, sebab hujung tahun gini biasa dah tengkujuh kat Pantai Timur. Tapi Allah gerakkan hati aku kuat nak bawak ibu jalan ke sana, Alhamdulillah sampai juga. Dari Kuala Klawang kami guna jalan dalam lalu Muazam Shah naik ke atas. Dah lama teringin nak memandu di jalan Muazam Shah tu. Aku dengar macam misteri je tempatnya terpencil di tengah Semenanjung. Dan rupanya memang terpencil pun sebab sepanjang jalan cuma ada ladang estet. Tiba2 muncul seketul bandar Muadzam Shah. Haha.. Kot iya, apa yang ada kat Kuantan ni sebenarnya? Ada ...

Bertamu Ke Rumah Arab 2

Imej
Namun pengalaman yang paling tidak boleh saya lupakan ialah bertamu ke rumah dua orang kawan Arab, Iman dan Fatma. Mereka tinggal di Hanouville, bersebelahan bandar pelabuhan Ajamy di pinggir Iskandariah. Kunjungan kali ini atas jemputan Fatma yang baru melahirkan putera sulungnya. Sewaktu kenduri walimahnya beberapa bulan sebelum itu Fatma turut menjemput kami tetapi saya tidak hadir. Rugi tak dapat tengok pesta Arab kahwin! Dengan keluarga Iman Sebelum ke rumah Fatma, kami berlapan terlebih dulu berkunjung ke rumah Iman. Perjalanan jauh ke rumahnya melalui pekan dan bandar yang tidak biasa dikunjungi pelajar Malaysia. Dari pekan kecil yang tenang, pasar barangan terpakai di belakang pelabuhan, depoh minyak dengan paip besar melintang seperti jejambat di atas lebuhraya hinggalah bandar Ajamy yang sesak dan padat. Hampir sejam perjalanan, kami turun di pekan Hanouville tunggu Iman datang menjemput. Iman, gadis kecil molek yang berdarah asli Mesir datang dari keluarga penyokong kuat Ik...

Sehari ke Faiyum

Imej
Alhamdulillah pada cuti musim panas 2008 saya berpeluang ikut kawan berjalan ke Faiyum. Faiyum ialah satu wilayah di Mesir yang terkenal dengan Tasik Qarun dan air terjun di tengah padang pasir. Perjalanan ke Faiyum langsung tak dirancang. Tahu2 kawan ajak pergi, tengok duit pun ada  then  terus jalan. Itulah namanya Allah nak bagi kan. Sebelum ke Faiyum, terlebih dulu kami singgah ke Giza menjenguk piramid agung dan sphinx. Dalam Bahasa Arab dipanggil al-ahram dan Abul Haul. Kawasan itu merupakan tinggalan tamadun firaun yang mana sebahagiannya dilihat masih terbenam di dalam pasir. Bahagian yang sudah digali pula sedang dipulihara. Tiada apa kami lakukan di situ, hanya menangkap gambar dengan monumen ribuan tahun. Menjelang tengahari kami sampai ke Faiyum, melawat kincir air Nabi Yusuf di tengah pekan. Pekan Faiyum kecil sahaja namun kelihatan cantik dan terjaga. Mungkin kerana tempat ini menjadi tumpuan pelancong. Kincir air itu pula dikatakan telah dibina sejak zaman Nabi ...