Catatan

Remote Kunci Iriz Masuk Air

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Anxiety dan panic attack kali kedua sibukkan diri dari menulis. Ia pengalaman dan hadiah Tuhan yang amat bermakna. Saya berhasrat menulis tentangnya satu hari nanti. InsyaAllah. Tak sedar dah empat bulan tak ketik papan kekunci. Password pun lupa sampai tertukar antara blog peribadi dan Sis Jawi . Beberapa pengalaman berlalu pergi tak sempat dikongsi. Nanti cuba recall  balik kongsi kat sini.. Yang penting sekarang nak cerita pengalaman seorang kawan yang terbawa kunci keretanya pergi berendam di laut 😬 Member ni pemilik Iriz juga. Dan kunci kereta moden ni, ada cip yang berkomunikasi dengan kereta. Bila remote  kunci rosak, kena air ke apape yang mengganggu fungsi, kereta tak dapat kesan kewujudan kuncinya. Akibatnya kereta tak mahu hidup! Gambar pinjam sini. Itu la yang berlaku kat member... Maghrib-maghrib buta dia mati kutu tak dapat hidupkan enjin nak balik KL. Mujur ada keluarga sekali kat situ. Berjemaah la diorang mati kutu tak tau apa nak bu...

Taufiq, Aku dan Ustazah Icha

Imej
Taufiq meragam lagi. Buat dua hariku belakangan ini terasa kusut. Sebab aku sangat marah dan kecewa dengan tingkahnya. Tapi, aku nampak diri sendiri dalam Taufiq. Seorang kanak-kanak yang murung. --------- Kelmarin, Taufiq bising dengan kawan-kawannya sewaktu belajar. Berkali-kali aku pandang mereka. Ada yang aku tegur, ada yang tengok saja dengan harapan mereka sedar aku pandang dan diam sendiri. Di meja guru, aku cuba terangkan pelajaran pada murid lain yang tercicir faham. Sambil melawan suara bising mereka. Ah, kebisingan murid memang spark kemarahanku. Tapi aku dah belajar berdamai dengan kebisingan. Aku dah tak marah lagi. Cuma... Mereka kusuruh berdiri di luar kelas.  Pergilah bising di luar. Jangan di dalam. Mereka terus diam. Rayyan dengan muka masam, keluar juga perlahan-lahan. Taufiq sebaliknya menjerit padaku. "Tak naaaakkkkkk!!!!!!" Menjerit yang sesungguhnya mintak penampar. Akhirnya kubiarkan saja dia. Walaupun rasa tak adil pada Rayyan yang sudah keluar. Tapi ...

Lelaki Hebat, Boleh Menangis!

Imej
Amar, seorang lagi murid kecil molek dalam kelas. Otaknya bijak dan berbakat. Suara dan budi bahasanya sama halus. Aku jangka ibu Amar telah mendidiknya dengan baik sekali. Amar suka bercakap dan beritahuku apa-apa yang terlintas di kepalanya. Satu hari, waktu ku sedang terangkan pelajaran, tiba-tiba Amar berkata: "Lelaki kan hebat!" Terpinga-pinga ku dibuatnya, dah kenapa tiber cakap lelaki hebat ni? Aku bukan ajar pasal jantina pun. "Mak saya kata, lelaki kan hebat!" lanjut Amar. Oo... Mak dia kata. Tapi ku tak sempat tanya kenapa mak dia kata macam tu? Terpaksa teruskan mengajar untuk mengejar masa. Hari-hari berikutnya, aku semakin faham kenapa Amar cakap macam tu. Rupanya budak ni kuat menangis! Sebelum ni dia menangis juga bila dimarah kerana leka belajar. Tapi lepas tu bila tak faham, dia menangis. Tak dapat jawab, menangis. Lambat siap kerja, menangis. D ia tidur dalam kelas, orang kejut suruh basuh muka pun menangis. Kena tegur, lagilah menangis. Siap pakej...